Kenyataan Minta Sepak

Apa pandangan anda dengan kenyataan Menteri Pelajaran berhubung garis panduan Gay dan Lesbian?

Kursus Kecergasan 2024Garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran. Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:

Simptom Gay:

1. Mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless).

2. Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang.

3. Lebih cenderung minat kepada lelaki.

4. Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan

Simptom Lesbian:

1. Menunjukkan ketertarikan pada wanita.

2. Jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya.

3. Lebih suka pada wanita untuk teman tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita.

4. Tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki.

Kenyataan ini menimbulkan marah pada mereka yang berbadan sasa. Kenyataan ini dikeluarkan disaat menghampiri Pilihan Raya seolah-olah menunjukkan BN tidak memerlukan sokongan mereka yang berbadan sasa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Kenyataan Minta Sepak

  1. tak boleh diterima langsung. semua orang tak sama la. adakah dia nak kata semua orang yang muscular tu gay?

  2. Yang pakai baju kot,perut buncit,badan tak sasa pun terang terangan gay,siap ada video lagi.Jeles la tu sebab tak dapat pakai baju fit,offsidee.

  3. Heheheh ini boleh dikategorikan sebagai kelakar pelik. ;D

    Habis lelaki yang pakai barangan warna pink pun semua gay? hihi

  4. Yg perut boroi kedepan mcm org mengandung tu tak gay ke?elok la tu..satu Malaysia perut boroi kedepan masa hadapan..bodybuilder suma gay la camtu..adoi laa

  5. nur-fatihah says:

    abes la, pasni semua perut boroi. xnak kena cop gay. 😀

  6. mie besibaru says:

    klu dh bdn sasa buat pe minat sama jenis plak..nabi pon laknat, ya Allah selamatkanlah kami dari perkara2 sebigini..

  7. ini maklumat yang dipetik ke maklumat yang telah ditaip setelah difahami oleh penulis akhar SCD..bukan ape,skrang ini bnyk sgt info yang dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan..

  8. arigho sachi says:

    garis panduan yang bodoh!!!!

  9. simtom lesbian, lebih gemar tido bersama wanita…habestu nk tido dgn lelaki bukan muhrim ke..

  10. memang bodoh garis panduan tu.

  11. Haha…bangang abadi…

Leave a Reply to bard Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: