Kesan Dehidrasi ketika Senaman

Masalah utama yang dihadapi bersenam ketika bulan puasa adalah masalah dehidrasi atau kekeringan. Kita di Malaysia kini berdepan pula masalah el nino. Fenomena el nino ini menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih kering di kawasan Asia Tenggara. Secara lazimnya, ia berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan dan kebetulan berlaku pada musim puasa kali ini.

Garis panduan di Malaysia menetapkan, seorang dewasa perlu mencecah 3 liter air sehari. Senaman dan kepanasan meningkatkan lagi keperluan itu. Sekitar 75 peratus tenaga yang digunakan semasa senaman menghasilkan haba. 25 peratus lagi digunakan untuk kerja. Kehilangan air boleh berlaku melalui cara berpeluh dan bahkan pernafasan keluar.

Minum-air-dan-bersenam

Pengurangan air sebanyak 2 peratus sahaja boleh mengurangkan prestasi atlet tersebut sehingga 10 ke 20 peratus. Bayangkan, bersenam di satu gim yang panas sebelum berbuka. Adakah anda boleh buat yang terbaik? Air membantu menyejukkan badan. Kekurangan air menyebabkan badan kurang berpeluh dan lebih cepat letih. Kenapa kita berpeluh? Secara amnya untuk menyingkirkan bahan buangan dan haba. Jika kitar ini terganggu, haba akan disimpan di dalam badan dan akhir sekali mungkin menyebabkan hyperthermia.

Berapa banyak perlu minum semasa bersenam? Garis panduan mengatakan, sekurang-kurang 500 ml. Paling tepat, anda boleh kira sendiri.

Berat selepas senaman – berat sebelum senaman – berat air yang diminum

Contoh:

Seseorang dengan berat 90kg yang hilang 200g selepas senaman dan minum 500ml air.

89.8 – 90 – 0.5 = 700g

Keperluan badan dia adalah 700mL semasa latihan. Berat selepas dan berat sebelum sepatutnya sama. Jika ada penurunan, jangan terlalu gembira. Ia bukannya lemak, tapi air.

Kursus Kecergasan 2024

Kesan dehidrasi terhadap latihan anaerobik kurang ketara jika dibandingkan dengan aerobik. Penggunaan tenaga dalam sistem anaerobik berpandukan sistem ATP-PC dan asid laktik berbanding aerobik yang menggunakan karbohidrat sebagai bahan bakar. Apabila karbohidrat digunakan, ia menghasilkan bahan buangan air.

Jika boleh, elakkan latihan jenis aerobik dalam tempoh berpuasa. Jika anda seorang atlet yang perlukan latihan aerobik, apa kata buat sebelum sahur. Tumpukan pada latihan jenis anaerobik sebelum berbuka.

Tanda-tanda dehidrasi.
Tanda-tanda dehidrasi.

 Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-alam-sekitar/cuaca-panas-a-kesihatan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Kesan Dehidrasi ketika Senaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: