Kesilapan Perempuan

kan cantik perempuan itu?

Sepanjang saya berada dalam fitness line ni, sering kali saya bertanya dengan perempuan pasal diet dan senaman meraka. Antara jawapan yang saya biasa dapat

1. ‘Saya nak turunkan berat’
Kebanyakan mereka yang datang gym akan cakap, saya nak turunkan berat, jarang dengar mereka datang dan cakap nak buang lemak. Persoalan di sini, adakah anda kurus jika berat anda ringan. Pernah tengok tak mereka yang gemuk tapi berat badan 55kg dan mereka yang kurus dengan berat badan yang sama? Untuk pengetahuan semua, otot dalam kuantiti yang sama dengan lemak memiliki berat 4 kali lebih berat daripada lemak

Adakah jika berat kita turun disebabkan latihan, lemak pun turun? tak semestinya. Mungkin disebabkan kehilangan air, atau kehilangan otot. Latihan bebanan akan menambah otot disamping membuang lemak. Jadi tak perlulah hari2 dok tengok penimbang dan kecewa disebabkan berat tak turun. Paling senang tengoklah badan di depan cermin, ada pengurangan tak? atau mungkin baju, seluar makin longgar. Kena la selalu keluar duit beli baju baru. Baju lama dah tak muat. :D. Cara paling tepat ialah dengan mengukur lemak, samada guna kaliper atau mungkin mesin. Jika tiada, boleh guna ukur lilit badan sebagai rujukan.Kursus Kecergasan 2024

2. ‘Saya tengah diet’
Memang bagus bila cakap tengah diet, tapi bila bertanya, macam mana diet? ‘saya tak makan’ ‘saya puasa’ ‘tak makan breakfast‘ ‘lepas pukul 6 tak makan’ ‘hari ini makan oat 6 sudu’ ‘saya tak makan nasi dah 3 bulan’. Tahukah anda, jika anda tak makan, atau skip meal, metabolisme badan akan menurun dan menyebabkan lagi sukar pembakaran untuk berlaku? Seeloknya makan sikit2 tapi banyak kali. Cukupkan keperluan kalori dalam sehari, sebagai contoh, mungkin anda perlukan 1500 kalori sehari, janganlah hanya makan 20 kalori sehari. Keperluan asas badan pun belum cukup. :D. Tido pun perlukan kalori. Tiada masalah makan malam. Makan malam tak menyebabkan kegemukan jika tak melebih jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari. Skip meal boleh menyebabkan kegemukan.

3. ‘Saya tak suka diet dan bersenam, ada tak pil untuk kurus?’
Cik Adik Oi, kat dunia ni, xde pil ajaib yang boleh bagi badan kurus dan sihat. Kenapa kita perlu bersenam? antara kebaikannya improve cardiovascular system. Banyak lagi kebaikan bersenam ni yang dah dibincangkan dalam topik sebelum ini. Jangan terpengaruh dengan mereka2 yang datang jumpa anda, dan kata ada produk2 untuk kurus. Kebanyakannya peniaga MLM, dengan ayat famous, ‘saya hanya ingin membantu’. 😀 😀

4. ‘Saya taknak angkat berat, takut muscle naik’
Untuk perempuan, tak perlu risau otot naik. Perempuan buat senaman macam mana pun takkan naik otot macam lelaki. Lelaki dan perempuan itu dicipta tuhan berlainan. Lelaki lebih hormon testosteron, perempuan lebih hormon estrogen. Perempuan ada hormon testosteron tetapi dalam jumlah yang sedikit. Testosteron membantu pembentukan otot. Di badan lelaki ada kilang untuk menghasilkan testosteron. Jadi perempuan tak perlu takut buat latihan bebanan malahan latihan bebanan bagus untuk perempuan dalam memberi shape, tone dan bentuk. Perempuan bodybuilder memakai hormon tambahan untuk menyokong pembesaran. (saya suka perempuan bodybuilder, :D)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

26 thoughts on “Kesilapan Perempuan

  1. lps share info di atas dgn teman sekerja perempuan ada 5-6 yg berminat nak ikut pergi gym.
    Artikel yg bagus.
    TQ n tahniah

    1. Zaki Khan says:

      tarik lg ramai. amalkan gaya hidup sihat. bersama2 kita usaha. :p

  2. hehe sebgai perempuan saya rasa ‘kena sebijik nih’ haha.. thanks for the info.. i really hope semakin ramai yang sedar akan penjagaan kesihatan badan ni.. sebab ramai yang masih tertipu dengan produk2 dari MLM ni.. sejujurnya saya pun pernah memakan produk slimming ni tapi tipu lah if dorg cakap lepas berhenti tak naik badan.. lebih baik pergi ke gym buat membazir duit jer beli produk2 kurus tu..

    1. Zaki Khan says:

      yg ‘pernah’ tu kita jdkan pengajaran. :p

  3. sy nk share info ni di fb bleyh tak?

  4. ammar_aidit says:

    slm dato,bgaimana pula bagi perempuan kurus hendak hendak manjadi besar?adakah dia kene workout jugak mcm lelaki dan dari segi pemakanan nye pula mcm mana?

    1. sistem latihan tetap sama, utk peringkat awal boleh aim power training, then ke hypertrophy, cuma ada bdn part yg perlu control especially kat chest which include ngan breast area, kawasan tu fat, takut makin kecik. mkn, kena increase kalori intake, sama cam sistem lelaki, boleh juga dilebihkan lagi. yg jd berbeza nanti mungkin time cycle prempuan sahaja.
      http://www.strengthsifoo.com/sistem-latihan/

  5. Chloe sinner says:

    hi.im addicted to ur blog.sekarang tgh kumpul info utk anta email pada zaki.anyway how kira lemak pakai ukur lilit?

    1. Chloe sinner says:

      saya dah jumpa di blog zaki juga.saya google terus jumpa. Ukur pinggng dlm inci 47,berar lbs 227. Kira kira kiraan lemak saya 47% betul ke saya kira.anyway saya akan anta email dgn info info yg lain.tq

      1. 47 tu dpt daripada mana?
        hantarkan ke email, saya takut terlepas pandang kalau kat sini. terlalu byk entri utk dilihat. 🙂

        1. chloe sinner says:

          dato saya dah anta email semalam bersama gambar…minta dato nasihat.

  6. Salam..

    Sy nak tanya sy banyak latihan kaki guna cd Jillian Killer Thign And bun pegi Gym buat seminggu 2 kali buat Weight machine untk kaki macam leg press buat superset 1 set 20 rep,Leg culr

    Untuk cardio sy buat Rowing+Treadmill sy spent time kat Gym 3 jam sekali pergi.

    hari biasa sy buat circut training Jillian Michaels kat rumah .

    pemakanan sy makan macam biasa mlm makan nasi tapi beras ponni pagi breakfast semua cukup.

    Dlm masa sebulan pinggang saya turun 4 inchi lemak kat kaki ,butt semua nya kurang.

    cuma yg sy heran beran berat sy tak turun turun badan dah mengecik

    sebab itu sy naj tanya ada masalah ke dgn cara sy ni berat xturun.

    Terima kasih dgn pandangan Dato

    1. jgn tgk dulu berat badan. yg paling penting, turun peratus lemak. otot lebih berat dari lemak, jd ada possibility lemak turun, otot naik.

  7. macam tu rupanya sy pelik juga banyak org kat forum forum diet berat diorang cepat je turun .

    sy ingat sy ni lemak x turun turun lagi .

    Terima Kasih.

  8. Sy bnyk belajar dr blog dato unt kuruskan badan Alhamdulillah skrg dan semakin shape betul ckp dato badan sy semakin kecil berbanding dulu tapi berat badan selepas turun 7 kg x dah x turun lagi tapi suami ckp badan nampak semakin kecil berbanding dulu lepas baca kat cni baru sy faham kenapa berat x turun. Saya setuju jika katakan produk mlm hanya mengikis duit je dah la mahal tp result tah apa apa lebih baik pergi gym dan skrg sy amalkan makan minyak zaitun, rasanya lebih baik dr pengambilan pin yg hanya memudaratkan. Thanks for good information.

  9. Nice info. Thanks dato 🙂

  10. minta share sikit info dari en zaki nye kata2 tu ye..saya nak paste kat wall FB saya…geram gak bila saya ajak kawan2 gi gym buat weight lifting..takut benor deme kalau naik otot…

  11. Dato’ saya nak tny sikit…saya baru nak menjinakkan diri ke gym..masalah saya sy x tahu senaman apa yang sesuai utk sy..perlu jumpa personal trainer ke atau boleh je main belasah…lagi satu nak cari gym utk female je tapi kat png x byk..sy ni pemalu sikit

  12. 4 tahun lepas sy ada pergi gym. Badan sy masa tu mmg proportional,slim,fit dan kencang. Lps sy terkena buwasir, selepasnya saya tak lagi exercise. Skrg lemak kat paha dan perut memang menumpuk. Teringin sgt hari2 pergi gym, tapi takde kawan temankan. Skrg susah payah diet atkins nak kurangkan lemak. Macam sengsara pulak hidup saya. Ada suggestion tak, Dato’ , apa saya kena buat ?

    1. pergi ke gym kembali. execute proper form of exercise utk elak buasir.

Leave a Reply to chloe sinner Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: