Kuala Lumpur City (KL City) FC mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) untuk merangkul Piala ke-100 pada aksi pusingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi (30 November 2021). Kemenangan itu merupakan kemenangan selepas penantian 32 tahun yang juga merupakan gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.
Lebih manis, KL City mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malahm mereka juga meraih tiket ke Piala AFC musim depan. Taktikal Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi JDT nyata membuahkan hasil apabila KL City berjaya melakar kemenangan 2-0.
Gol dijaringkan J. Partiban pada minit ke-66 dan kapten KL City Poulo Josue pada minit ke-74.
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.