Lelaki Mengalihkan Kereta daripada Laluan Sikal

Seorang penunggang basikal marah apabila ada pemandu meletakkan kereta di laluan sikal, bertindak mengalihkan kereta tersebut ke tepi sebelum meneruskan kayuhannya.
Lelaki itu dikenal pasti sebagai Marcos Mohai Szabo, seorang atlet strongman di Brazil. Video ini dimuatkan oleh seorang pemandu, Joe Loreto ke youtube dengan tajuk ‘Orang Terkuat di Dunia’.
Dalam rakaman itu, Marcos berdiri di belakang kereta berkenaan dan mengangkat kereta itu dengan mudah sambil orang ramai merakam perbuatannya dan mereka bersorak apabila dia menggerakkan kereta itu ke tepi. Sebaik mengalihkan kereta itu, tanpa mempedulikan orang ramai, Marcos menaiki basikalnya dan berkayuh pergi.
Klip di YouTube itu sudah dikunjungi sekitar 1,500,000 orang.
ZK: Ini antara kegunaan menjadi kuat. Di Malaysia ini terlalu ramai orang tersilap parking di kawasan tak sepatutnya seperti double park tanpa lepas hand break.
