Makanan Sebenar vs Makanan Tambahan

Terdapat banyak perdebatan yang berlaku antara makanan sebenar dan makanan tambahan untuk membuktikan mana di antara mereka adalah yang terbaik. Walaupun tidak disangkalkan lagi yang makanan sebenar adalah sumber nutrisi yang terbaik yang boleh kita dapatkan, tetapi dari zaman ke zaman teknologi semakin berkembang dan tidak boleh dinafikan makanan tambahan juga adalah salah satu sumber nutrisi yang boleh kita manfaatkan. Mari kita rungkaikan kelebihan diantara makanan sebenar dan makanan tambahan dan membuka minda kita untuk mencari keseimbangan dalam memilih nutrisi harian kita.

 

Kursus Kecergasan 2025

 

1. Perbezaan pengambilan makanan sebenar vs makanan tambahan.

Makanan sebenar adalah nutrisi terbaik yang boleh kita dapatkan disebabkan ianya adalah sumber makanan semula jadi yang sedia ada untuk manusia. Oleh kebiasaannya, makanan sebenar perlu dimasak terlebih dahulu sebelum kita boleh memakannya. Manakala bagi makanan tambahan pula, kebanyakannya adalah berbentuk sedia ada dan terus boleh dimakan tanpa ada proses tambahan.

 

2. Masa untuk penyediaan makanan sebenar vs makanan tambahan.

Makanan sebenar mempunyai masa yang lagi lama untuk disediakan oleh kerena kita perlu memasaknya terlebih dahulu, namun kelebihannya adalah, kita boleh mengawal segala ramuan yang ada mengikut keperluan kita. Manakala, makanan tambahan adalah salah satu cara yang paling menjimatkan masa untuk memdapatkan nutrisi kerana cara penyediaannya mengambil masa yang lebih singkat.

 

3. Makanan sebenar perlu menjadi sumber nutrisi utama kita.

Walaupun makanan tambahan sangat membantu kita untuk mencapai nutrisi harian, tetapi makanan sebenar perlulah diutama dahulu dan kita boleh mengunakan makanan tambahan sebagai sumber nutrisi kedua harian kita.

 

4. Tidak semua nutrisi mencukupi melalui makanan tambahan.

Nutrisi yang diambil melalui makanan tambahan mungkin tidak mencukupi dan oleh disebabkan itu kita boleh membuat pilihan untuk mengambil makanan tambahan. Sebagai contoh, perlu mengambil vitamin c yang lebih daripada keperluannya oleh sebab kesihatan masing masing. Ianya kerana sesetengah manusia didunia mempunyai kekurang vitamin c didalam badan berbanding orang yang lain. Di sini, makanan tambahan boleh ambil peranan yang penting bagi mencukupkan nutrisi yang diperlukan.

 

5. Kos pengambilan makanan sebenar vs makanan tambahan.

Untuk memastikan kita mendapat nutrisi yang cukup memerlukan kos yang tinggi. Lebih-lebih lagi kepada atlet sukan yang perlu nutrisi yang maksima. Kebiasaannya, makanan sebenar yang berkualiti tinggi memerlukan kos yang lebih banyak berbanding makanan tambahan disebabkan memerlukan kuantiti yang lebih banyak. Disini, keseimbangan dalam membahagikan kos untuk membeli makanan sebenar dan makanan tambahan amatlah disarankan. Ianya disebabkan, kebanyakkan makanan tambahan telah dicipta untuk bertahan selama sekurang-kurangnya sebulan, manakala makanan sebenar perlu dibeli secara mingguan kerana sukar untuk disimpan lama.

 

6. Makanan tambahan penting untuk atlet kecergasan.

Makanan tambahan untuk atlet kecergasan amat disarankan oleh kerana ianya akan memudahkan atlet tersebut untuk mencapai nutrisi harian mereka. Salah satu contoh seperti kreatin, anda memerlukan 1kg daging merah untuk mencapai 5g kreatin harian. Ianya adalah kuantiti yang sangat banyak dan susah untuk disediakan. Daripada itu, suplemen kreatin amat membantu kerana ianya hanya memerlukan 1 senduk untuk mencapai 5g kreatin dan selalunya ia boleh bertahan selama 1 hingga 2 bulan penggunaan.

 

7. Makanan sebenar mempunyai banyak resepi yang lazat.

Antara kelebihan makanan sebenar adalah, ianya boleh dimasak dengan pelbagai resepi didunia, sama ada sihat atau kurang sihat. Seseorang boleh mengolah mengikut cita rasa masing-masing. Anda juga boleh, menyediakan dalam pelbagai variasi yang bentuk. Ini adalah salah satu sebab mengapa makanan sebenar adalah lazat. Lebih-lebih lagi untuk seseorang yang suka memasak. Antara kelebihan lain adalah, memasak makanan sebenar sendiri dapat juga menjimatkan kos harian kita jika dibandingkan membeli makanan diluar. Ianya bukan sahaja lebih sihat tetapi sangat memuaskan kerana kuantiti dan “portion” yang banyak.

 

8. Kebergantungan hanya kepada makanan tambahan adalah tidak sihat.

Kebergantungan hanya kepada makanan tambahan mempunyai banyak keburukan, antara contoh ialah, protein daripada makanan tambahan, kita perlu untuk lebihkan protein daripada makanan sebenar dari makanan tambahan kerana makronutrien daripada makanan sebenar amat baik dan seimbang dan menggunakan protein daripada makanan tambahan untuk mencukupkan protein harian kita. Tidak disangkalkan lagi dengan teknologi terkini, suplemen protein sangat bagus disebabkan kadar penyerapan didalam badan yang lebih tinggi membantu untuk memulihan otot yang berkualiti, Namun tidak boleh bergantung kepada suplemen  protein sahaja.

 

Rumusan

Sukar untuk mencari pemenang didalam perdebatan diantara makanan sebenar dan makanan tambahan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dan kita perlu belajar untuk mencari keseimbangan dalam pengambilannya. Oleh itu, jangan menuduh secara semberono tentang perkara yang kita kurang ketahui atau tiada ilmu dalam hal tersebut. Natijahnya, kedua-duanya adalah sumber nutrisi yang terbaik yang boleh kita dapatkan dan marilah kita bersama menjaga nutrisi harian kita agar kekal sihat sejahtera.

 

Rujukan

  1. https://www.vnshealth.org/patient-family-support/health-library/supplements-vs-healthy-diets-better/
  2. https://www.gomacro.com/5-benefits-getting-your-nutrients-whole-foods-vs-s/
  3. https://www.medicalnewstoday.com/articles/324956
  4. https://www.healthline.com/nutrition/synthetic-vs-natural-nutrients#TOC_TITLE_HDR_4
  5. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC6366563/

 

Amirul Zubri

Amirul Zubri

Amirul Zubri ialah Jurulatih Kecergasan bertauliah. Beliau mempunyai minat mendalam dalam sukan kekuatan dan bina badan. Harapan beliau dapat memberi ilmu pengetahuan dan motivasi terhadap kepentingan membina otot dan membina kekuatan badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: