Masalah Tidur

Dianggarkan sekitar 25 peratus mempunyai masalah tidur dan kira-kira 10 peratus kronik. Kekurangan tidur boleh memberi kesan kepada keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab harian disebabkan terlalu letih atau mungkin sukar memberi tumpuan. Boleh dikatakan semua jenis insomnia boleh menyebakan mengantuk di siang hari, daya penumpuan jadi lemah dan ketidakupayaan untuk merasa segar pada waktu pagi.

Kursus Kecergasan 2021Kebanyakan orang dewasa memerlukan sekitar 8 jam tidur sehari dan berkurangan dengan usia dimana apabila mencecah umur 60 tahun, 6 jam sudah memadai. Walau bagaimana pun, apabila mencecah umur 60 tahun, kebanyakan mungkin mengalami insomnia. Seorang atlet yang berlatih agak berat seperti atlet bina badan mungkin memerlukan rehat yang lebih. Mungkin sehingga 10 jam sehari.

Penggunaan ubat-ubatan untuk merawat insomnia tidak digalakkan kerana berkemungkinan membawa kesan sampingan. Walaupun bahan seperti melatonin boleh didapati secara terus tanpa preskripsi doktor, tetapi penggunaan untuk jangka masa panjang tidak dapat diramal lagi. Antihistamine pula boleh membawa kepada pergantungan dan peningkatan tolenrasi dari masa ke semasa sehingga boleh menjejaskan memori.

Beberapa antidepresan seperti trazadone juga boleh membuatkan anda mengantuk. Jika insomnia adalah disebabkan kemurungan, rawatan boleh dilakukan dengan ubat-ubatan melalui pengawasan doktor tetapi tetap perlukan terapi untuk menyelesaikan masalah. Sedatif benzodiazepine seperti clanozapam atau lorazepam juga boleh membantu tetapi boleh juga menyebabkan ketagihan.

Ubat terkini yang dipanggil hynpotic membantu mengurangkan masa yang membawa ke tidur. Ia tetap membawa ke ketagihan walaupun kesannya mungkin tidak ketara seperti ubat yang lain. Contoh hynpotic seperti zolpidem dan zaleplon.

Penggunaan ubat-ubatan juga mungkin membawa kesan sampingan seperti reaksi alahan yang teruk dan kemungkinan rasa mengantuk yang tidak terkawal yang mungkin terjadi pada bila-bila masa seperti masa memandu yang mana akhirnya boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya.

Insomnia boleh menyebabkan:

– Lingkaran hitam di bawah mata
– Kekeliruan
– Keletihan
– Mudah marah
– Perubahan postur
– Kekurangan tenaga

Ubat-ubatan mungkin membantu dalam jangka masa yang singkat tetapi tidak menyelesaikan masalah. Seeloknya kenal pasti puncanya dan cuba perbetulkan, jika boleh. Masalah tidur di kalangan dewasa mungkin disebabkan oleh:

– Penuaan
– Ketagihan arak
– Tiba-tiba berhenti minum arak selepas mengamalkan untuk satu jangka masa yang panjang
– Kebimbangan atau anxiety
– Keadaan persekitaran termasuk bilik, katil yang tidak mengalakkan
– Tekanan atau depresi
– Penyakit seperti pembesaran prostat, cystitis, COPD, artritis, heartburn, masalah jantung atau masalah paru-paru
– Kegembiraan atau keghairan
– Kerap buang air kecil
– Kesedihan
– Penggunaan dadah seperti amfetamine, kokain
– Penerbangan
– Kurang pendedahan kepada cahaya yang terang atau cahaya matahari
– Penggunaan ubat-ubatan seperti ubat tiroid, ephedrine, phenylpropanolamine, kebanyakan produk pembakar lemak dan sebagainya
– Tiroid terlalu aktif
– Sindrom restless leg atau nocturnal myoclonus
– Kerja syif
– Tidur terlalu banyak pada waktu siang
– Pengambilan perangsang pada waktu petang atau malam termasuk nikotin, alkohol, kafein dan sebagainya
– Tiba-tiba menghentikan ubat tidur
– Rangsangan terlalu banyak sebelum tidur, seperti menerima suatu berita yang menyebabkan terlalu banyak untuk difikirkan
– Corak tidur yang tidak betul
– Makan terlalu berat atau terlalu kurang sebelum tidur
– Senaman melampau sebelum tidur

Manakala masalah di kalangan bayi mungkin disebabkan oleh:

– Keinginan mendapatkan perhatian daripada ibu bapa
– Demam atau penyakit lain
– Kelaparan
– Masalah penghadaman
– Tumbuh gigi
– Gangguan luar

Antara cara yang boleh digunakan pakai untuk merawat insomnia:

– Elakkan situasi marah atau tekanan emosi sebelum tidur
– Elakkan pengambilan alkohol pada sebelah malam
– Elakkan pengambilan kafein sekurang-kurang 8 jam sebelum tidur
– Berhenti merokok kerana nikotin adalah perangsang
– Makan ringan sebelum tidur
– Cipta satu paten untuk tidur
– Bersenam secara teratur tetapi bukan terlalu ekstrim sebelum tidur
– Seks boleh jadi pencetus tidur semula jadi
– Bersantai dengan membaca bahan bacaan yang ringan
– Mandi sebelum tidur
– Mendengar muzik yang mendamaikan dan mengantukkan
– Jangan mendekati televisyen atau komputer yang mana boleh menyebakan anda leka
– Ubah suai bilik tidur sehingga timbul suasana untuk tidur jika di bilik tidur
– Elakkan tidur disebabkan rasa bosan
– Berjumpa pakar sekiranya anda berdepan masalah tekanan
– Terapi seperti urutan, akupuntur dan sebagainya

Masalah-masalah lain berkaitan tidur

Apnea – Masalah berdengkur yang kuat. Rujuk entri Berdengkur.

Narcolepsy – Seorang itu mungkin tiba-tiba sahaja tidur pada bila-bila masa. Tidurnya mungkin sekejap atau mungkin ke beberapa jam. Seseorang itu boleh tidur semasa memandu, semasa berbual, makan dan sebagainya.

Sindrom restless leg – Juga dikenali sebagai nocturnal myoclonus. Mereka dengan sindrom ini akan mempunyai perasaan tidak selesa, sakit atau bergerak-gerak ke dalam kaki mereka. Berjalan atau pergerakan di kaki biasanya mampu melegakan ketidakselesaan sementara. Sindrom ini menyebabkan seseorang itu perlu berjalan untuk melegakannya. Punca jelas sindrom ini tidak diketahui. Ia juga mungkin disebabkan kekurangan zat besi.

Parasomnia – Ia adalah aktiviti fizikal yang tidak diingini yang berlaku semasa tidur yang melibatkan aktiviti otot rangka, perubahan sistem saraf atau kedua-duanya. Mereka dengan parasomnia boleh berjalan, menjerit, menyusun semula perabot, makan makanan yang ganjil, penggunaan senjata dan sebagainya. Pernah tengok filem ‘Im not Single’ lakonan Lisa Surihani?

Penuaan – Ada 2 jenis kitar tidur iaitu REM (rapid eye movement atau tidur bermimpi) dan non-REM (tidur mati). Setiap orang mempunyai sekitar 4 hingga 5 kitaran REM dan non-REM. Apabila umur meningkat, jumlah masa yang dalam non-REM menurun. Ini menyebabkan warga tua sukar untuk tidur.

Nota: Menurun kajian, tidur yang pendek sekitar 8 minit di waktu tengahari membantu meningkatkan produktiviti. Di Jepun, terdapat banyak syarikat menggalakkan pekerjanya tidur sebentar di waktu tengahari untuk meningkat produktiviti syarikat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

46 thoughts on “Masalah Tidur

  1. Bab tido masa keje mmg slalu amal..cuma takut kn marah ngn bos….

      1. hahahh….kalo time keje mmg ngntuk…kalo x keje hemm xde mkne nk tidow….tp best gak tido time rehat tuu…aku lg rela x gi lunch…tapi dato ade pesan “pemakanan tu penting” ..emmm

  2. tq info ni … nelly memang rasa malam sentiasa muda kalau baru pukul 12 tgh malam …

    tidur siang .. hehe

  3. aku keja pkul 3a.m smpai 12pm..insomnia la aku..tdur xleh direct 8jam..

  4. dato saye ada mslah tdo jike ambil pra-workout cnth superpump sb waktu latihan sye pd belah mlm atas sb siang kesibukan berkerja, sye blik kerje kol7 ambik suplmnt tu 30 minit sblm start workout so sye mule latihan dlm sekitar pukol 8 mlm hingga 10.30 mlm so ada jln penyelesaian dk dato’?

  5. Aslmkm tuan,mcmana plak dgn yang keja shif,klu keja 1 mlm x tido,tido siang x lelap.ada cara lain x?

    1. gelapkan suasana bilik, pakai langsir hitam jika boleh. minum susu suam sebelum tido. baca doa sebelum tido.

  6. dgr2 pemimpin dunia hanya tido 3jam sehari..cthnya mahathir..hehehe

    1. no komen pasal mahathir. dia dah membiasakan diri dgn cara hidup begitu.

  7. restless leg syndrom ,susah betul nak tido.pakar perubatan bahagian mana yg patut saya rujuk ye?

    1. doktor biasa pun boleh. tp biasanya akan dipreskrip ubat tido. cuba try homeopathy. dkt dgn the mall, jln tar, berdekatan kfc ada 1 homeopathy yg baik.

  8. dato, cmne dgn melatonin, atau bromazepam.

    1. melatonin jika digunakan utk 1 jangka masa yg panjang, x elok utk bdn. bdn akan start adapt dan perlukan dosage yg lebih tinggi. bromazepam lebih pada kemurungan. penggunaan boleh bawa byk effect, kat jantung dll.kalau x silap, by prescription di malaysia. boleh dpt over counter ke? melatonin boleh.

  9. bromazepam ade doktor klinik pernah bg dkt saya,bnde nie under control.. dato cmne sy nk wt klu ada masalah insomnia nie…

    1. sleeping hygiene, antaranya saya dah masukkan di atas.
      cuma apa yg boleh dibuat lg seperti minum susu suam sebelum tido, set bilik tido gelap dgn langsir hitam, kedap bunyi. proses membetulkan masa tido mungkin akan mengambil masa yg sangat lama, tp elok mulakan, drpd biarkan. bg agama islam, bacaan al-quran boleh membantu, dgn niat

      1. tq dato, sleeping hygiene tu cmne dato..sy kurg faham ckit..

        1. sleeping hygiene tu istilah yg diguna pakai utk rawatan, atau kaedah membetulkan masalah tidur ni, antara dia, mcm contoh di atas

          1. ok, tq ye dato..anything else saya akan tye lg..

  10. hi dato,web you menang bagus,terus maju

  11. slm,bru2 da dekat sebulan saya susah tidur, terjaga waktu mlm tak bole tidur balik,doc bg diazepam 10mg…x tau sebab apa tp pernah juga rasa cemas bb ada masalah tp dulu x susah tidur..diazepam ni ada kesan sampingan klu lama mkn,risau sya..?apa patut sya buat dan makanan yg bgus mkn? Lgpun kat sdk, sabah ni susah sangat dpt ubt cth melatonin d famasi..tolong saya..?

    1. diazepam antara ubat yg slalu diberi kepada pesakit yg susah tidur. mmg x elok utk long term use. sama juga seperti melatonin, utk long term pun x bgs. cuba try cari solution utk masalah. mungkin disebabkan ada masalah, otak terlebih bekerja.slagi masalah tu ada, selagi tu akan hadapi masalah. antara best solution yg menenangkan masalah, dktkan diri dgn tuhan.

  12. suami sy sukar tdo malam.malam xtido,siang keja..tido pon less than 3hrs perday..kalo x tido +-2 malam,masuk hr yg ke3 dia akan blur2,ckp yg bkn2 n hilang fokus..apakah cara terbaik untuk sy membantu dia?

    1. cara2 yg sy suggest di atas boleh digunakan. sebagai isteri, cuba tarik laki ke bilik tidur setiap hari jika boleh. cuba jdkan rutin utk dia tidur. bg dia letih dulu sebelum tido. lama kelamaan dia akan biasa.

  13. Sangat Susa nak balik ke tidur normal..? Skrg terpaksa mkn herba farmasi passion flower kapsul, 2 biji setiap mlm, kin fungsinya sama diazepam cuma ni herba tp kadang x bekesan….x taula pula klu bole mkn long term..Da nak masuk 4 bln susa tidur…skrg pening x bole bangun,sakit kepala, loya2, produk pun x tau nak mkn apa dah..? Klinik bg ubt penenang/ tidur je… Nk tny klu hospital doc bg apa ye setahu encik…? Tqvm…

    1. try jumpa pakar. mungkin ada masalah lain. bila last buat medical checkup?

  14. Bru sabtu lalu ni p klinik ambik darah buat medical check up keseluruhan temasuk cek kelenjar tiroid… Masalah susa tidur ni pun doc yg syorkan cek kelenjar tiroid, biasanya kena wanita…tengah tggu result skrg.. Apa2 nnt sy reply, k tq

  15. saya sebelum nie pernah mengalami masalah susah tido nie..pas tu jumpa doc..then doc bg saya Luxor 50g..sepatutnya saya kena mkn for a year..tp saya lawan just mkn sebln utk betulkan masalah je..then berhenti..last yeas 2011..it happend again..but this time saya tak mkn ubat sbb ada bb n still breastfeed..until now saya tak mendapat tido yg betul..siang mmg tak boleh tido langsung…mlm ada masa tak tido berlarutan 2 3 mlm..dan ada masa tertido dlm 6jam pas tu terjaga..apa yg harus saya lakukan..tq..

    1. Kalau critical, saya cadangkan jumpa doctor untuk dptkan prescription untuk breastfeeding.

  16. Sya mula mkn melatonin. Sakit kepala, bru sehari je mkn, cadang nak berenti..? Mahal je beli..da 5 bln masalah tidur x sembuh, herba passion flower dulu bekesan, skrg tidak..? diazepam 10 mg je rasanya selesa ckit,kurang kesan sampingan..tp long term x baik juga..sya da keliru,pilu & sedih masalah sya berlarutan beturutan sekian lama, sapa ada suggest yg bekesan..??.tolongg…

    1. Mungkin badan tak sesuai dgn melatonin.
      diazepam tak elok utk long run.
      Saya tak boleh suggest ubat, kena jumpa doctor untuk prescription.

      1. Sandra de Souza says:

        Saya tiap kali nak tidur selalu cemas dan berdebar2. Saya trlalu memikirkan masa depan dan jodoh saya. Saya ambil pil tidur hampir setiap hari. Untuk pengetahuan doktor, saya tidak bekerja, sedang dalam percintaan dan tinggal seorang diri.

        1. biasanya kategori ni jadi disebabkan tiada benda untuk dilakukan, tiada kerja. cuba buat 1 kerja yang mengurangkan masa untuk befikir.

          1. Sandra de Souza says:

            terima kasih byk2 doctor..nak buat mcm mana doctor..kalo keje pun menangis ingat si buah hati takut ditinggalkan dan tiada jodoh, btw thanks sgt2 atas nasihat ye

  17. Hadi Nabil says:

    Sy ada seorang kawan yg terlalu senang tidur, dan tidur nya tidur mati.. kejut mcm mana pun susah nak bangun.. tampar, goyang2, renjis air, org buat apa kt bdn dia pun dia tak sedar. Dia cuma akn sedar bila panas, dan bunyi jam loceng handphone dia saja. Apakah masalah yg dia alami?

  18. Assalamualaikum.Saya baru 16 tahun dan memang selalu tidur mati. Letak 2-3 jam loceng kat sebelah pun belum tentu sedar. Kawan selalu ckap mereka dah kejut saya berulang kali namun saya langsung tidak menyedari hal tersebut. Saya juga berdengkur teruk sewaktu tidur kadang2 menyebabkan malu dan tak selesa untuk bergaul. Kadang2 saya selalu tak tidur terus waktu malam kerana bimbang bangun lewat untuk ke sekolah keesokan hari. Saya jadi tak keruan dan selalu pening2, eyebag dan dark circles makin lama makin teruk dan saya juga mengalami masalah mudah lupa yang agak teruk. Saya buntu untuk cari jalan penyelesaian ? itu sahaja. Terimakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: