Tambah Tinggi

Ramai yang tanya, bolehkah ketinggian ditambah? Berapa tinggi boleh ditambah?
Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa kebanyakan remaja berhenti meninggi pada usia 16 hingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat kes di mana mereka yang lambat baligh, biasanya lelaki mungkin akan tambah tinggi sehingga berusia 21. Terdapat kes yang sangat jarang mungkin mencecah 25. Perempuan pula secara purata berhenti pada usia 18 tahun dan akan mengalami pertambahan mendadak pada usia 10 hingga 14 tahun. Mereka mula menambah tinggi ketika kitar haid bermula yang mana rata-rata berusia 12 tahun.
Ini adalah berikutan faktor genetik. Mungkin juga ada penyakit yang mempengaruhi perkembangan hormon tumbesaran seperti mencacatkan pembesaran kelenjar pituitari yang mana mungkin akan menyebabkan pembesaran berlaku ketika dewasa. Kes seperti ini juga amat jarang tetapi boleh dimasukkan sebagai pertimbangan kenapa seseorang apabila mencecah umur 18 masih kelihatan seperti kanak-kanak.
Jadi persoalannya, bolehkah tinggi ditambah?
Tidak ada jawapan yang tepat dengan soalan ini. Terdapat beberapa kajian tetapi tidak menepati semua. Kajian dijalankan, ada yang mendapat kesan positif tapi ada juga yang tidak dapat apa-apa kesan. Tapi tak salah mencuba, mana tahu mungkin berkesan pada anda. Antara kaedahnya;
1. Melalui Senaman
Rasanya ramai yang tahu, apabila bersenam, badan akan merembeskan hormon tumbesaran ke dalam sistem. Hormon tumbesaran akan mencetuskan tulang, otot, dan tisu untuk bertambah. Senaman yang lebih baik akan memaksa lebih hormon tumbesaran (HGH) ke dalam sistem. Bila cerita pasal senaman, ini termasuk semua jenis senaman secara keseluruhan.
Gerakan boleh dilakukan seperti melompat. Cuba tengok kenapa pemain bola keranjang tinggi dan semakin bertambah tinggi.
2. Regangan
Terdapat kajian seperti yang dijalankan oleh Dr Francois Sambucy menunjukkan regangan boleh meningkatkan ketinggian seseorang. Kajian ini timbul berikutan kerjanya membetulkan kedudukan badan seseorang melalui terapi yang melibatkan regangan. Ada yang tambah sehingga 2 inci. Kajiannya menunjukkan boleh berlaku ketebalan pada vetebra. Walaupun tidak terperinci tetapi agak membantu ramai orang.
Bagaimana kaedahnya, cara paling mudah duduk dengan kaki lurus ke hadapan dan tekan badan ke hadapan sehingga cecah kaki. Tegakkan postur badan. Selain itu, bergayut. Bergayut tidak semestinya melakukan chin-up tetapi cukup sekadar bergayut dan biar selama yang boleh. Bergayut boleh dilakukan juga secara terbalik di mana kaki disangkutkan di atas.
Selain itu, boleh duduk di tempat tinggi dan sangkut berat badan kaki. Jangan biarkan kaki sentuh pada lantai dan biar selama yang mampu. Ini lebih sasarkan pada sendi di buku lali. Selepas selesai jika boleh urutkan kaki itu untuk melancarkan kembali peredaran darah. Regangan pada lutut pula dengan duduk secara bersimpuh ke belakang dan baringkan badan. Sasarannya lebih pada otot quadrisep tetapi dalam masa sama akan menyasarkan lutut.
Cara paling mudah lagi, suruh seorang pegang pada kaki dan seorang tarik pada badan. Selain itu senaman regangan seperti yoga, pilates dan sebagainya pun boleh. Proses-proses regangan ini bukan berlaku dalam sehari, mungkin akan mengambil masa yang lama. Kesabaran itu penting dan tiada jaminan bahawa ianya 100% berkesan.
3. Berenang
Melakukan strok ketika berenang juga boleh membantu memanjangkan vertebra. Melakukan di dalam air memberi kelebihan disebabkan ianya menuetralkan kesan graviti pada tulang belakang.
4. Meninggikan Kedudukan Kaki Ketika Tidur
Tinggikn kaki sedikit ketika tidur dengan meletakkan badan di bahagian kaki. Cara ini menggunakan graviti untuk melakukan tarikan pada tulang belakang. Ia juga akan memaksa produksi hormon tumbesaran di kelenjar tiroid.
5. Hipnosis
Terdapat juga beberapa kajian menunjukkan hipnosis menyebabkan badan ke arah keadaan yang rehat dan mengaktifkan sistem saraf parasimpatatik dan mengurangkan aktiviti saraf simpatatik yang mana kesannya akan menurunkan hormon tekanan. Masalahnya, siapa yang mampu lakukan di Malaysia? Boleh cuba cari pakar yang boleh lakukan untuk mengarahkan keadaan tidak sedar badan supaya membesar.
6. Makanan Tambahan
Adakah terdapat makanan tambahan untuk menambah tinggi? Ada banyak di pasaran. Adakah ianya berkesan? Tidak terdapat pil ajaib untuk tambah tinggi cuma kebanyakan mengambil fungsi-fungsi lain beberapa bahan seperti kalcium, vitamin D, glucosamine chondroitin dan sebagai dan olah ayat kepada tambah tinggi. Tidak perlu terlalu terpengaruh pada produk-produk begini kerana ada beberapa faktor limitasi seperti berapa banyak badan dapat terima apa yang dimasukkan. Kemungkinan lebih 80% akan dibuang.
Ada beberapa cara yang mungkin meningkatkan penyerapan (sedikit) seperti menambahkan vitamin C dengan calcium. Jangan menambah iron dengan kalcium. Jangan ambil kalcium dengan air lemon, air gas, kopi dan kebanyakan air tenaga. Paling penting, jangan berlebihan dos. Ikut nasihat pakar atau label. Ahli bina badan dan seorang yang aktif mungkin memerlukan kalsium yang lebih berikutan kalsium sangat perlu dalam pergerakan.
7. Terapi Hormon
Terapi hormon dengan tambahan hormon tumbesaran juga boleh dilakukan dengan nasihat doktor tetapi kosnya agak tinggi. Mungkin mencecah beribu sebulan dan mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan.
8. Pembedahan
Terdapat pembedahan yang menambah tinggi di tempat yang tertentu. Kosnya sangat tinggi dan risikonya juga sangat tinggi. Prosesnya sangat menyakitkan dan lama.
9. Membetulkan Postur Badan
Terdapat beberapa teknik membetulkan postur badan. Ada sesetengah orang mungkin menjadi pendek disebabkan postur badan yang tidak betul. Postur badan tidak betul mungkin disebabkan banyak faktor termasuk berlebihan berat badan atau kebiasaan pada sesuatu aktiviti yang menyebabkan adaptasi badan bentuk badan. Cuba cari terapi yang boleh lakukan. Penambahan mungkin sedikit atau tiada.
10. Pakai Kasut Tinggi
Pakailah kasut tinggi untuk kelihatan tinggi. 🙂
Nota: Apa-apa pun, jika anda seorang yang rendah, jangan terlalu rasa rendah diri sehingga malu. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Manusia dicipta dengan kepelbagaian itu bersebab. Terokai kelebihan anda.
adehh…yg no.10 tu mmg xleh blah….
171cm dikira tinggi ke rendah?
depend. kalau rasa tinggi tu tinggi.
cik saya nak tanya….umur saya 16 3 bln n tggi saya 160 brt saya 38…saya kurang nutrisi….n bulu kaki Ngan bulu ketiak lom kluar agi hahah….ada kemungkinan sy meninggi kah?
16 ada harapan lagi tu
Tinggi laa
terasa diri ni pendek. 😀
saya suka awek rendah…hehe
sy sgt suke yg last skali tu,paling senang utk dipraktikkn…hehhee
sy mmg rendang!
syukurlah sya,biarpun pendek2 tagap.haha….
kat gym sy nampk mereka rata2 lebih kuat daripada yg tinggi.terutama sekali bench press 2x or lebih berat badan.
bergantung pada sistem latihan gak. x semestinya org tinggi kuat
RE : 4. Meninggikan Kedudukan Kaki Ketika Tidur
Tinggikn kaki sedikit ketika tidur dengan meletakkan badan di bahagian kaki. Cara ini menggunakan graviti untuk melakukan tarikan pada tulang belakang. Ia juga akan memaksa produksi hormon tumbesaran di kelenjar tiroid.
macam mane nie? susah nak faham lah. abg zaki khan, tolong ajar? and please bagi gambar sekali? terima kasih 🙂
letak je kaki ada bantai. jd tinggi skit
sye lelaki, umur 16 tahun bleh tinggi lgi ke ? 😀
lelaki hingga umur 21
Kalau perempuan??saya umur 18 pda thun 2018 sekarang…
helo.. nak tanye.. terapi hormon tu boleh dibuat hospital mane ye?
kebanyakan hospital swasta ada, tp sgt mahal
antara hospital swasta yang buat suntik hormon ni? ada tak kawan2 atau ahli keluarga anda buat suntik hormon?
agak-agak nya mahal tu berapa ribu?
cuba try assunta, kalau x silap, ada department yg menggunakan gh, sekitar 4-8k sebulan, x 6 bulan minima
\apakah nama pakar dalam bidang HGH ini?
nanti kalau cakap buat terapi HGH nurse die tak paham . 🙂
department genetic. cuba try tanya. kalau x silap ada di sana
dalam sebulan tu. berapa kali kita di suntik?
mungkin hari2, x sure procedure di sana bagaimana
ade jugak orang cakap, suntikan Hormon ni. kalau di suntik pada remaja umo 21++ rambut dan kuku menjadi panjang?adakah benar?
hampir semua akan effect, tulang panjang dan sbagainya
ZAKI KAHN pernah tengok orang buat terapi hormon?
tak pernah
bagaimana Encik Zaki Khan tahu , di ASSUNTA ade terapi hormon
cuba tanya dulu
Tinggi saya 159 dan umur 28thn.Adakah sy masih boleh buat hormon terapi tu?
kalau melompat tu, nk lompat setempat ke nk lompat yg nk kene target bnde tinggi ?
setempat bola, cuba cecah setinggi mungkin
bleh ke nk gune produk yg cpt tinggi mcm super growth tu ? ade ape2 kesan yg bahaye ke ?
boleh test. mana tau berkesan. x pernah lg sesiapa test kat sini.:p
nazmi macam mana mau beli tu produk super growth???
Merujuk kepada saudara X-men dan zakikhan , apakah side effect terapi hormon itu pada umur 21+ ?
nak kata xde side effect tu tipu la. biasanya tulang memanjang, organ2 membesar. ada possibility jantung pun membesar. ada possibility jantung jd lemah dan sebagainya
ok, hanya hospital assunta sahaja yg buat terapi hormon ni? makna nya, orang umur 21+ bile buat terapi hormon, mmg boleh jadi tinggi?
tak pasti hospital mana lg
Awk dah buat ke izwan?
X- Man dan Izwan : HGH ni diperoleh dari plasenta manusia(uri bayi baru lahir) sebenarnya 😉 Dato, correct me if im wrong.
kalau ada info lagi tntang HGH ni. boleh share lg, anda pernah cuba?
asalamulaikum,. abang zaki
tinggi saya 155
berat 58kg
tapi saya boleh tinggi tak lg???
saya telah masok bina badan.. ramai yg cakap sya tak boleh tinggi lagi…
umur 17 tahun….
kalau umur 17, ada kemungkinan boleh tambah lg.
mukin boleh tingi lagi??? alhamdulillah…
Tinggi sy 159, umur dah 28 tahun, ada cara utk tambah tinggi?
bapa saya pendek….jd susa la saya mau jadi tinggi ni….huhu
Tapi perempuan bole tinggi lagike kalau umur da masuk 20 tahun?? huhu~
boleh cuba, tp x jamin kesan. mungkin ada, mungkin tidak.
Assalamualikum,
Dato dkt mne ade jual HGH ? hospital biase ade ke? kalu pergi hospital untk dptkn HGH nk ckp ape dkt misi?
Asalamulaikum,.
tinggi saya 161
berat 60kg
umur saya 15 tahun. Bolehkah saya mencapai ketinggian 170 atau lebih sebelum mencecah usia 18? bagaimana?
sy tak obeskan?
mcm obese, 60kg. tp xtau nak kata, kena tgk gambar gak. baru boleh nilai.
boleh cuba, tp x janji apa2. 15-18 tu cantik lg utk perubahan. bykkan aktiviti melompat.
mcm mane kalau umur 15 tahun,ketinggiannya 139?
saya nk tinggi…..tolonglah…
boleh cuba gak. 15 masih muda. ada chance lg. tp jgn aspek tambah melampau2.
aku tnggi 186cm.susah nk cri awek.haha
alhamdulillah. saya dah ambil suntikan hgh nih pada umur 16. first time saya try pegi kat klinik2 swasta je, tapi bila di tanya semuanya beri komen2 macam mereka langsung takde pengalaman dalam bidang hormon macam contoh, doktor tu cakap faktor pemakanan atau vitamin memang tak mampu untuk tambah ketinggian, ia cuma bergantung pada genetik semata-mata.
bila saya musykil dengan keterangan yg doktor2 tu berikan, saya cuba ke assunta hospital dan dapatkan nasihat pakar2 yg jauh lebih berpengalaman kat sana,bukan seperti dokto2 biasa kat klinik2 biasa tu. bila di tanya, memang sah inilah tempat yg tepat. panjang lebar dia terangkan, full detail dan bukti2 kukuh macam faktor pemakanan dan environment kita memang mainkan peranan penting.
akhirnya lepas saya buat perjanjian dgn doktor pakar tersebut yg saya akan ambil dan tanggung risiko suntikan hgh ni, saya pun memulakan walaupun pada mulanya doktor tu tak sarankan saya guna hgh sebab risiko yg mudah terkena side effect.
tiap2 hari sya kena berulang alik ke hospital tu tanpa rasa jemu bagi mendapatkan perkembangan baru dan bagi mengelakkan dari terkena side effectnya dan itu jugak merupakan perjanjian saya dengan dia (doktor pakar tersebut).
lepas 6 bulan, saya berhenti penggunaan hgh ni sebab saya rasa dah tak mampu nak tanggung kosnya dan risiko yg tinggi terkena penyakit2 lain. tapi yg menakjubkan, ketinggian sya naik sebanyak 2 inci secara mendadak! dari 5’5 kaki (65 inci, 165 cm) terus ke 5’7 kaki (67 inci, 170 cm) sekaligus membuatkan kawan2 saya terperanjat beruk bila tengok saya dah sama tinggi dan hampir2 sama tinggi dgn diorang dan badan saya yg lebih berotot besar walaupun tak pegi gym tak macam sebelum ni, kurus kering je walaupun pegi gym.
tapi yg tak seronoknya, perkembangan hgh tidak disertai perkembangan otak, maknanya IQ kita masih di tahap yg sama walaupun semasa saya 5’5 kaki dulu. tapi itu BUKANlah masalah bagi saya.
walau papepun, saya memang lebih berkeyakinan tinggi untuk keluar ke mana2 je tanpa ada sorang pun pandang rendah dgn saya, rasa lebih cergas macam nak terbang pun ade bersama2 burung2 di pagi hari hehehehe….
bila mata saya terbuka lepas bangun tidur untuk pergi sekolah di mana saya sekarang berumur 17, pada tiap2 pagi, saya rasakan dunia ni jadi indah. sya akan bangun dengan senyuman walaupun kepala pening sebab baru lepas bangun tidur, tak sama macam dulu. semua perkara yg saya lakukan jadi seronok dan lebih rajin walaupun perkara tu perkara rutin harian saya. inilah penangan hgh!!
dengan masa yg terluang ni saya nak ucapkan terima kasih kepada Abang Zaki Khan yg memang membantu saya dalam meneruskan perjalanan hidup ni. 🙂
berapa modal diperuntukkan? kalau ada gambar before n after lagi baik
bro,brpe hrge cucuk hgh, pastu bro org mane
bro,brpe hrge cucuk hgh, pastu bro org mane
sorry bro, sini takde jual.
Ad email tak din? Sy ad nk brtnya niee
Ada email tak din?
Bro apa senaman dia ?? Tak Kan amek hgh Tu je tak buat apa 2 ?? Tinggi tambah berapa lama ?? Amek hgh Tu ?
Bro apa latihan nyaa ?? Berapa lama naikk ?? Tinggi Tu ?
Ada baca kat satu blog ni dia kata melompat ni kekadang tak elok jugak sbb boleh bantutkan kita. Utk yg berat lah.. Betol ker?
blog mana?
dah tak ingat la tp btol ker
sy nak tahu gak rationalnya drpd penulisan dia.
nombor 9..membetulkan postur badan??cam ne eh..kurang paham..tlong expain detail skit boleh??
bila gemuk biasanya, postur bdn akan lari dan menundukkan ke bawah. postur badan lari ke bawah.
salam dato umur sye 17 thun…
tinggi sye skrang 169, agk2 bley tak sye tinggi lagi
sbb sye nk bina badan nnty klau bdan sye sh bsar jd x cntik la plak
bgaimna cra2 untuk tinggi? bleh dato bg tau…
wslm. mungkin boleh, mungkin tidak. boleh try cara2 di entri di atas.
salam..saya nak tanya umur saya 14 thun. .berat saya 39kg ketinggian 151. .blehkah ketinggian saya bertambah?
wslm, ada chance utk tambah. cuba try cara2 saya tulis di atas.
Adakah angkat berat mmbantutkan pembesaran
tak. itu mitos
asalam abg zaki……saya ingin tnyerr saya berumur 15 tahun dan tinggi 160cm….saya ingin menambahnya jadi 182cm itu target saya…….mampukah sya dan adakah dengan minum susu atau berpuasa sunat dpat meninggikan ketinggian seseorang……
wslm. cuba aktiviti yg sy senaraikan di atas. susu dan puasa bantu dari segi apa?
saya ade membaca artikel bahawa berpuasa atau meminum susu dpat menambah tinggi….
salam sy umur 16 tinggi 164 . sy nk tmbh sampai 170. agk2 boley x? sbb sy hri2 bwat snaman mcm pnulisa en kt atas.sy rse prubahan atau mgkin sy slah mnilai..sy x pasti.tp boley kah ketinggian sy ditambah lagi? hrap en dpt bntu.
wslm. umur muda lg, insyAllah boleh, tp x jamin sampai 170. ada yg berjaya, ada yg tambah sedikit sahaja.
ok terima ksih 🙂
kalau buat senaman tu bhg anggota bdan yg mna ea akn nnpk prubahan ?
actually more to structure. bukan tambah panjang sesuatu bahagian bdn.
Assalammualaikum..saya tengok ketinggian saya kadang2 166cm kadang2 165cm selalu dok naik turun naik turun..macam mana ye kalau saya nak kekalkan daripada menurun?? (:
wslm. mungkin disebabkan postur bdn. kejap bongkok, kejap lutut. nak stabilkan, kena bersenam dan kurangkan penggunaan otot terlalu tinggi pada 1 bahagian=tak balance.
Saya da buat snaman da nk msuk bulan kedua.sy pnah bce satu artikel yg ckp bhwa hsil bole dilihat pada bulan kdua-ktiga.stiap kli lpas bngun tdur sy tgok tinggi sy btmbah.tp lme klamaan tnggi sy seolah2 mkin pendek.bgitu la yg trjadi hri2.mcm mne nk kekalkn ktinggian n mne stu ktinggian sbnar?
pernah ukur? atau hanya perasaan
Saya ukur sndri.tp ble lme2 nmpk mcm mkin pndek pulak.lpas bngun tdo je nmpk tinggi
4. Meninggikan Kedudukan Kaki Ketika Tidur
Tinggikn kaki sedikit ketika tidur dengan meletakkan badan di bahagian kaki. Cara ini menggunakan graviti untuk melakukan tarikan pada tulang belakang. Ia juga akan memaksa produksi hormon tumbesaran di kelenjar tiroid.
sy sebenarnya x brape nmpak gambaran postur tido ini.. lau tidak keberatan, mntk penulis jelaskan ckit lagi =)..
letak bantal di bahagian bawah kaki.
If some one wants expert view on the topic of running a blog afterward i propose
him/her to pay a visit this weblog, Keep up the fastidious work.
abg zaki.
umur saya 17 tahun…
26.02.13 ni saya cukup 18 tahun..
tinggi saya 173cm
berat 55kg. .
saya ingin tinggi 180cm…
adakah saya boleh mencapainya?
tak jamin boleh tambah setinggi tu, tp boleh cuba.
onani,boleh terbantut ke pembesaran kite?
xde. mitos tu
Hi.. dulu msa kat tingkatan 5 tinggi sya 164 ja. Tp bila msk umur yg ke 19 tggi sya bertambah 3cm. So tahun ni sya bru msk 20 thn, ketinggian sya dah mencecah 168cm.. hrp2 tahun depan dpt tmbah 170cm..hehe
insyAllah.
patut la waktu umur 17thn ketinggian cuma 167cm. skrg dh umor 29thn ketinggi 180cm. rupanya x tahun pun sy mengamalkan teknik 1, 2, 3 ,4 dan 9 hingga skrg..
Assalamualaikum… Saya nak tanya,umur saya 19 tahun dan tinggi saya 155cm..boleh kah saya menambah ketinggian saya..? Dan berapa lama agak2 perubahan akan nampak..? Selain itu,betul ke kalau beronani ni boleh membantut ketinggian kite..?? Harap abg zaki dapat jawab semua secepat mungkin..terima kasih
boleh cuba. onani x kacau ketinggian.
abg zaki..nak tya umur sya kini 17 tahun
adkh boleh sya menninggi lg.. kni tinggi sya 168.
igin mencpai 175…apakah lgkah yg cpt lg berkesan untuk meninggi ?
boleh cuba. langkah dah dinyatakan dlm entri di atas.
salam dato,ada soalan skit….
umur adik sya 16 thun dan tinggi 162cm..dia minat dlam sukan angkat brat..
boleh ke dia main angkat berat ni dan latihannya same ke mcam ltihan org dewasa????
arnold scwarchzenegger start bina badan pada usia 13 tahun.
latihan mcam mna plak
latihan sama seperti dewasa. main untuk bodybuilding.
ada x langkah untuk meninggi dengan lbh cpt…dlu sya rajin melompat
n tinggi sya menmbah pada 3 bulan selps itu…tp ad x cara senman yg lbh2 cpt untuk meninggi
hrap dato dpt jwap
abg zaki…adakh merokok akn membantutkn ketinggian?
x jumpa kajian menunjukkan sedemikian.
salam..umur sya sekarang 16 tahun 7 bulan..tinggi sya 163 cm dn berat sya sekarang 73 kg..boleh ke sya tinggi sampai ke 170 cm???
boleh cuba. 16 muda lagi.
adakh telur mentsh dpt menmbhkn ketinggiaan seseorg?
telur=protein, kenapa perlu mentah?
salam , umo saya 18 tahun . tinggi saya 143.5 cm dan berat badan saya sekarang 44 kg . bole kah saya menambah ketinggian saya ? agaknya dalam berapa cm ketinggian boleh dicapai ?
wslm. baru 18, boleh lagi. cuba cara yg dicadangkan di atas.
aslkm doktor. mohon pendapat dr. saya lelaki berumur 20. tinggi skrg 160cm je. target sy nk 172cm. agak2 kalau sy buat tiap2 hari senaman di atas, berapa lama mkn masa nk sampai target sy tu? terima kasih 🙂
boleh cuba. mungkin lama. 6 bulan ke atas.
Assalamualaikum.saya seorang perempuan berumur 21 tahun, dgn tinggi 160 cm.bolehkah saya meningkatkat ketinggian ke 165 cm pada usia ini? tqvm 🙂
wslm. boleh cuba. xde jaminan. mungkin berkesan.
salam . nk tnya . sya llaki. umor 15 thun. tinggi 158cm. brat 47kg . sy sntiasa buat snaman regangkn badan dan kaki . minum susu kalsium tinggi.. kdg2 onani . ambil masa brape lame agak2 untuk jadi tinggi cecah 170cm ?
takde jaminan berapa lama, mungkin tak naik, mungkin naik.
tinggi saya 178cm…kira dah ckp tinggi ke..
depend. setiap org target berbeza.
Salam, klu 40an, perempuan bole tambah tmbah tinggi dgn exercise?
kalau ikutkan teoritikal agak sukar. tapi boleh cuba. aging menyebabkan proses jadi sukar, bukan sebab hormon saja, tapi thighness dll.
Ok assalamualaikum zk,nk tanya klau da 30 agak2 de peluang lagi ke nk tinggi ke memang da x bole
wslm. mungkin sukar, tapi tak mustahil. cuma taknak beri harapan.
Hello… nak tanya kalau skipping ketinggian akan tambah atau terbantut? Tq.
boleh bantu tambah, tapi tak jamin boleh tambah.
Hello sy dah 20 umur.adakah sy blh lg tmbah ketiggian ?
takde jaminan. tapi boleh cuba.
assalammualaikum, betulke lelaki umur 21 baru berhenti ketinggian?
berenang ape yg sesuai utk tambah ketinggian??
wslm. on average begitu.
salam dato umur sy kini 15
ketinggian 152cm rasa bley smpai 170cm lgi tak?
klw kurang tdur bley mnyebab kan lambat bertumbuh ke??
mungkin boleh. mungkin tak boleh.
salam doc..
saya nie lelaki..umur 23 tahun..tinggi 156..
saya ade harapan tinggi x..sebelum nie saya 154cm…selepas cube satu ubat tinggi nie..alhamdullilah naek la 2 cm dalam masa 15 hari..cumenye setiap kali makan tu memang sengal tulang2..kepala sakit..
so, adakah melalui care biase saye ade harapan utk bertambah tinggi
Ubat apa tu?
Ubat ape tu??…
boleh cuba. takde jawapan yg pasti. kalau ubat tu berkesan, teruskanlah.
Ubat apa redz?
Hello, sye nk tnye skit umur sye 17 , tinggi sye 160cm .. kamu ada kata yg lelaki boleh menambah ketinggian hingga 21 tahun btol? Boleh ke saya capai 175cm/180cm dalam masa 3 tahun ?
jauh benar sasaran tu. mungkin sukar.
Bang;Bina badan boleh bntuttkan peninggian ke?
hai…umur sya 15thn tinggi 170 boleh lagi tinggi kah…klo smpai umur 21..
haii….nma sya evodius..umur sya 15 thun dan mempunyai ketinggian 155cm…bolehkh sya tinggi smpai 165..apa cara yng senang untuk tinggi..
Klu ummur 25 thun bole tinggi lg x..adakh pemakanan jygk membantutkn ketinggian
umur perempuan 25thn agak2 masih ada harapan tak nak tinggi? minat nak masuk polis tapi tinggi tak lepas . sedih betull
jgn letak harapan tinggi.
jgn letak harapan tinggi sgt di usia 25
Assalamualaikum.
Saya L berumur 21 tahun. Tinggi saya 165cm dan berat saya 63kg.
Saya bru start bina badan tpi tujuan untuk cntikkan tubuh. Soalannya adkah dgn senaman yg saya buat dkt gym tu dpt menambah tnggi contohnya senaman back. Bergayut.. N sbgainya.
wslm. boleh bantu tp bukan jaminan confirm tinggi.
Saya pernah try mkn supplement tinggi tu.. tp lupa da nma produk tu.. nma cina.. thien ntah benda.. sy try 1kotak je .. tuk 10hari. naik 1cm je.. tp pastu stop sbb hrga pun ble tahan jg dan takut ada side effect
Umur sy 30 tahun.. tinggi 147cm.. nak tinggi lg.. boleh x tinggi lagi klu da pernah mkn supplement tu?
umur 30 biasa sukar. tp kalau supplement tu membantu, ramai juga perlukan tu
Assalam…abg zaki.nk tnye ni
Tinggi saye 158 dan saye berumur 14 thun.adekah saye boleh tinggi lagi?
wslm. boleh biasanya
Umud 45 bolh tinggi lg ke
jgn letak harapan tinggi sgt. tapi boleh cuba.
Haii saya remaja perempuan umur 17 tahun tinggi 159 berat 44 kg boleh lagi kah tinggi kan badan sampai 170 cm? Klau bleh senaman apa yang boleh buat kan saya menjadi tinggi
boleh cuba apa yg ada di atas.
Nak tanya adakah jika seseorang on@ni,tumbesaran akan terbantut?
tak. tapi jgn amalkan.
Mengeluarkan air mani dengan sengaja atau scr tidak sengaja spt membuang zat2 yg ada dlm badan .. umum kena tahu air mani mempunyai banyak zat dan nutrisi dalam tu .. Saya dulu kerap onani lepas tu badan saya semakin mengecil .. Then sekrang sy dah berhenti buat , badan sy dah mula membesar kerana suka makan protein dan minum susu .. amek masa 3-6 bulan utk membesar .. dulu 17 tinggi sy 164cm skrg 25 168cm .. nak tinggi lebih 170cm dah agak sukar .. kerana faktor kerja dan tekanan
Assalamualaikum. Saya umur 12 tahun dan tinggi 148cm. target saya atas 170cm. Boleh lagi kan nak tinggi lagi. Berat 40kg. Adakah dikira obesiti??
wslm. saya tak jamin boleh sampai 170 tapi umur 12 ada ruang utk tinggi lagi tu. growth hormone tinggi.
Dato, nak tnya. umur sya 16thn dgn ktiggian 166cm, rasa² masih bolekah sya meninggi shingga 170 atau lebih, dan adakah ia ktiggian yg normal bagi lelaki dgn ktiggian 166cm/16thn ?
16 mungkin boleh. boleh cuba apa yg ada di atas.