Merancang Jantina Anak

Perkahwinan Zaki Khan dan Diane Sera

Topik yang dipilih kebetulan dengan sesuatu ni. :D. Bagaimana menghasilkan anak mengikut pilihan jantina. Nak anak lelaki atau perempuan? Anak pondan? Erk, lupakan. Minta dijauhkan. Topik kali ini ada sedikit 18sx. Elakkan membaca jika anda belum berkahwin.

Perkahwinan Zaki Khan dan Diane Sera
Perkahwinan Zaki Khan dan Diane Sera

Sebelum mengetahui kaedahnya, perlu tahu serba sedikit tentang ovum dan sperma. Kromosom atau chromosome membawa genetik. Ovum membawa kromosom X manakala sperma boleh bawah X atau Y. Jika sperma yang lekat membawa kromosom X, maka anak perempuan yang akan dilahirkan. Jika sperma yang lekat membawa kromosom Y, maka anak lelaki yang akan dilahirkan.

Kursus Kecergasan 2024Kajian menunjukkan sperma dengan kromosom X hidup lebih lama berbanding sperma dengan kromosom Y. Dalam kata mudah, sperma membawa gen perempuan hidup lebih lama. Sperma dengan kromosom Y menggunakan lebih banyak tenaga untuk bergerak. Ia kurang mitokondria jika dibandingkan dengan kromosom X. Kromosom Y atau kromosom lelaki bergerak lebih laju akan tetapi mati lebih awal. Sperma mengambil masa 20 minit hingga 2 jam untuk tiba di tub fallopian. Sperma boleh hidup di dalam badan perempuan 4 hingga 7 hari.

X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid

Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali

Chapter-448-Menentukan-Jantina-Anak

Jika menyasarkan anak lelaki, persetubuhan perlu sebelum tarikh ovulasi. Kebarangkaliannya lebih tinggi. Jika menyasarkan anak perempuan, perlu lakukan sekurang-kurang 4 hari sebelum ovulasi. Jadi kromosom Y akan mati sebelum ovulasi dan tinggal kromosom X. Ada banyak kajian dijalankan mengenai masa ejakulasi ini termasuk kajian oleh Dr. Jonas yang setakat ini kadar kejayaan 97.7 peratus. Jika menyasarkan anak lelaki, digalakkan berpuasa daripada aktiviti seks 5 hari sebelum ovulasi dan melakukan ejakulasi 1 hari sebelum ovulasi. Kaedah ini sesuai jika kitar haid perempuan tersebut normal. Ada sesetengah orang mungkin mengalami masalah kitar haid yang tidak teratur.

Jika ikutkan ada beberapa kaedah yang dicadangkan, akan tetapi kebanyakan cadangan tiada kajian sempurna dilakukan. Ini termasuk bab pemakanan, kajian dilakukan belum lengkap tetapi boleh dijadikan rujukan. Jika inginkan anak lelaki, tambahkan makanan seperti daging merah dan pisang yang tinggi pottassium. Tambahkan juga kacang seperti hazelnut, pecan dan almond. Pihak lelaki perlu tambah air tinggi kafein seperti kopi, coca cola dan sebagainya. Kromosom Y perlukan PH yang beralkali untuk hidup berbanding keadaan asidik semulajadi. Elakkan makanan berasid untuk 1 tempoh. Digalakkan sekurang-kurang sebulan sebelum persetubuhan. Digalakkan makan makanan laut.

Chapter-448-Baby-Comel

Jika perlu, boleh masukkan cecair bikarbonat ke dalam faraj 2 jam sebelum persetubuhan. Alat memasukkan dan cecair sodium bikarbonat boleh didapati di farmasi. Kaedah ini dipanggil douching. Terdapat kaedah perubatan juga iaitu suntikan benih lelaki atau aritificial insemination setelah air mani lelaki menjalani proses layering atau jalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim. Kaedah-kaedah ini tidak dibolehkan jika hanya bertujuan mendapatkan anak lelaki kecuali jika sabit penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Jika inginkan anak perempuan pula, anda perlu jadikan keadaan sekeliling asidik. Makan lebih ikan, buah dan sayur. Makan sayur hijau seperti bayam dan broccoli yang merupakan sumber magnesium yang baik. Digalakkan ambil makanan berasid seperti limau, asam, cuka dan sebagainya. Elakkan makanan laut.Ambil banyak produk susu seperti susu, yogurt dan keju. Makan biji pumkin dan sesame.

Manakala daripada sudut seksualnya, jika inginkan anak lelaki, kedudukan seks yang sesuai adalah dalam keadaan berdiri atau daripada belakang, doggy. Perempuan perlu kekal dalam keadaan doggy sementara selepas ejakulasi untuk memudahkan pergerakan sperma. Perempuan perlu klimaks ketika proses ejakulasi. Manakala jika inginkan anak perempuan, posisi yang sesuai adalah missionary atau perempuan di atas. Perempuan klimaks dahulu. Tiada kajian jelas mengenai kedudukan seks ini akan tetapi boleh dijadikan rujukan. Tiada jaminan kaedah ini berkesan akan tetapi boleh menambah peratus kejayaan.

Kita merancang, Tuhan juga merancang segalanya. Apa yang ditentukan pastinya adalah terbaik untuk kita. Selamat Mencuba. Cuba hanya pada pasangan yang halal. Dapatkan khidmat pakar jika perlu.

Rujukan
http://www.drjonasmethod.com/index.php?fuseaction=services.gender
http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=52103

Anak kepada Abu Zaid (penulis ketiga ZK), comel tak?
Anak kepada Abu Zaid (penulis ketiga ZK), comel tak?

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

4 thoughts on “Merancang Jantina Anak

  1. Bagaimana untuk menjarakkan anak?

    1. byk jarang, melalui penggunaan bahan ubatan. dptkan nasihat doktor sebelum mengambilnya. melalui kaedah pengawalan manual, pancut di luar, melalui kaedah kiraan, elakkan masa subur, dll.

Leave a Reply to freystz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: