Minum Susu Mengundang Kutu

Baru-baru ini, penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin keluarkan dakwaan minum susu boleh mengundang kutu. Sejauh mana kebenarannya?

Kutu rambut atau pediculus humanus capitis berjangkit daripada kepala ke kepala. Ia lebih mudah berjangkit pada kanak-kanak berusia 3 ke 11 tahun berikut aktiviti mereka bermain bersama, bersentuhan kepala, kongsi topi dan sebagainya. Kutu ini hidup dengan menghisap darah dari kulit kepala. Ia tak minum susu. Tiada langsung kajian kaitkan kutu dan susu. Tiada juga diet spesifik untuk mengawal kutu, cuma pastikan jaga kebersihan kepala untuk mengawal kutu.

Apakah kredibiliti Siti Afifah? Dia bukanlah doktor kesihatan atau pakar pemakanan. Malah setahu saya, tidak miliki tauliah sebagai penceramah agama. Ibarat ambil nasihat steroid daripada tukang kebun di gim. Beliau banyak keluarkan kenyataan mengelirukan dan tidak berlandaskan fakta serta maklumat sahih untuk meningkatkan populariti di media sosial.

Rujukan

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/head-lice/symptoms-causes/syc-20356180
  2. https://cms5.revize.com/revize/menasha/Health/School%20Health/Head%20lice/Lice-Guidelines.pdf

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: