8 Soalan Patut Jurulatih Tanya Pada Peserta

Industri kecergasan semakin berkembang maju. Makin ramai jurulatih dan instruktur di luar sana. Hari ini saya nak kongsikan, data apa yang perlu seorang jurulatih dapatkan daripada peserta atau pelanggan sebelum memulakan programnya.
- Maklumat Perubatan
Jurulatih patut tanya peserta masalah kesihatan mereka, ubat yang diambil serta kesan sampingan ubat diambil. Ada sesetengah ubat menyebabkan tekanan darah rendah, ada yang menyebabkan berat badan bertambah, ada yang memang tak boleh bersenam. Jika bersenam kondisi boleh jadi semakin teruk. Ada sesetengah penyakit memerlukan latihan spesifik berbeza. Jangan ingat senaman bantu semua peserta.
Jika tak mahir dengan sesetengah penyakit dihadapi peserta, buat sedikit kajian kemudian. Jika rasa tak mampu, jangan ambil pelanggan tersebut. Minta jurulatih pakar yang kendalikannya.
Bagi pelanggan berisiko, minta mereka buat pemeriksaan perubatan.
- Mobiliti dan Stabiliti
Buat ujian mobiliti dan stabiliti dulu untuk menentukan program bersesuaian. Pergerakan adalah asas senaman. Jika peserta tak dapat buat dengan cara betul, ianya mungkin mengundang kecederaan. Jangn sesuka paksa peserta buat.
- Ujian Kecergasan
Ada banyak ujian kecergasan yang boleh dibuat seperti, tekan tubi seminit, bangkit tubi seminit, naik turun tangga 3 minit, jangkauan melunjur, lompatan vertikal horinzontal, larian 2.4km dan sebagainya. Atur ikut kesesuaian tempat dan keadaan peserta. Ianya penting untuk tahu perubahan prestasi peserta dalam 1 jangka waktu program.
- Ukuran
Banyak ukuran yang boleh diperolehi seperti ukur litit badan, peratus lemak sama ada menggunakan kaliper atau mesin lain, tekanan darah, dan sebagainya. Ia penting untuk perbandingan nanti.
- Corak Tidur
Periksa bagaimana corak tidur peserta. Tidur penting untuk pemulihan dan berfungsi dengan baik, seterusnya mampu bersenam dengan baik.
- Pekerjaan
Tengok peserta kerja apa, baru tahu dia mampu bayar atau tidak. 😀 Mengetahui pekerjaan mereka dapat bantu jurulatih memahami tekanan dihadapi, apa perubahan postur badan yang mungkin berlaku. Dengan maklumat ini, kita dapat merangka program bersesuaian.
- Tabiat Makan
Bagaimana pemakanan peserta kita. Adakah mereka ada tabiat mengunyah makanan sepanjang masa dan sebagainya. Ada makanan mungkin bantu turunkan berat tapi tak bantu bina otot. Daripada situ, kita dapat bagi sedikit nasihat pemakanan. Tapi ingat, anda bukan pakar nutrisi.
- Sasaran
Apa sasaran peserta anda? Mereka adalah raja dalam menetapkan sasaran. Jika mereka nak badan ‘Korea’, sebagai jurulatih kena rangka program ke sini. Jangan ikut cantik kita sahaja.
Berminat jadi jurulatih kecergasan? Jom sertai NASC di https://www.nascresearch.com/ atau whatsapp ke http://wasap.my/60173999125/nasc .