Dah Tua Tak Boleh Bina Otot Ke?

Kita biasa dengar, ‘metabolism badan mula merosot apabila usia meningkat’. Sejauh mana kebenarannya?

Biasa juga kita dengar, bila usia cecah 30, prestasi kita mula merosot. Atlet kebanyakan sukan cecah tahap maksima ketika berusia 20-an. Powerlifter capai kekuatan maksima secara purata pada usia 35. Apa jadi pada badan kita apabila cecah usia 40 tahun, sedangkan pepatah mengatakan, hidup bermula pada usia 40 (untuk lelaki).

Sebenarnya, kalau kita lihat pertumbuhan otot dan kekuatan,sebenarnya tiada kaitan pun dengan usia. Kejatuhan otot mula berlaku seawal usia 20 tahun menurut kajian oleh Melton et al pada tahun 2015. Ia dipanggil sarcopenia. Kajian biopsi otot menunjukkan sarcopenia berlaku bukan disebabkan usia otot tapi disebabkan gaya hidup dan pemakanan.

Bila masuk usia 20 tahun, majoriti kita mula mengubah gaya hidup aktif ke sedenteri disebabkan tanggungjawab menjadi lebih besar. Letih bekerja, balik rumah duduk depan televisyen menonton Netflix dan sebagainya.

Banyak kajian menyokong umur bukan faktor penentu dalam pembinaan otot dan kekuatan. Dalam kajian oleh Roth et al pada tahun 2001 menunjukkan lelaki dan perempuan pada usia 65 ke 75 tahun bina otot sebanyak mereka pada usia 20 tahun. Pontzer et al pada tahun 2021 juga kata tiada perbezaan nyata kadar metabolik di antara usia 20 dan 60 tahun.

Kajian oleh Roblewski et al pada tahun 2015 menunjukkan tiada kehilangan otot dan kekuatan daripada usia 40 ke 81 tahun selagi kekal bersenam. Malah ada 1 lagi kajian menunjukkan, latihan 8 minggu pada usia 90 tahun menunjukkan peningkatan kekuatan purata 174 peratus. Nampak tak kebaikkan senaman?

Jadi,jangan sesekali kata kita dah tua, dah terlambat untuk bina otot. Ada ramai saja kenalan saya bermula pada usia 50 tahun dan berjaya jadi versi terbaik beliau dalam kehidupan.

Mitos: Metabolism merosotapabila usia meningkat
Realiti: Umur tak penting. Jumlah otot dan aktiviti lebih penting.

Kursus Kecergasan 2021

Rujukan

  1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11890579/
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11078093/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2777794/
  4. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/ggi.13010
  5. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/2342214/
  6. https://journals.physiology.org/doi/full/10.1152/japplphysiol.00170.2020
  7. https://www.science.org/doi/10.1126/science.abe5017
  8. https://link.springer.com/article/10.1007/s40279-015-0354-3?wt_mc=alerts.TOCjournals
  9. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fphys.2019.01121/full
  10. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30958059/
  11. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19749605/
  12. https://agsjournals.onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/j.1532-5415.2000.tb04719.x?sid=nlm%3Apubmed
  13. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25965867/
  14. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.3810/psm.2011.09.1933

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: