Pembukaan Olimpik Paris Paling Teruk Dalam Sejarah

Pembukaan Sukan Olimpik 2024 dilabel pembukaan temasya Olimpik paling teruk dalam sejarah. Penganjur cuba buat kelainan apabila pembukaan berlangsung di Sungai Saine berbanding sebelum ini dilakukan di stadium.

Persembahan kali ini dicemari unsur LGBT dan menjijikkan. Kontinjen negara muncul dengan busana ‘The Malaya’ rekaan Rizman Ruzaini. Ramai tak puas hati apabila kameranya agak jauh dan ditayangkan tidak sampai 10 saat.

Di atas bot tersebut, terdapat enam atlet dan empat pegawai dengan penerjun, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Mereka disertai Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot yang turut membawa delegasi dari Malawi dan Maldives itu.

Presiden Perancis merupakan seorang islamophobia yang sangat kritikal. Mereka mengenakan larangan atlet negara mereka berhijab daripada mewakili negaranya pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024. Larangan terhadap pelari pecutnya, Sounkamba Sylla menunjukkan islamophobia melampau.

Kursus Kecergasan 2024

 

Keputusan itu menunjukkan sejauh mana acara sukan antarabangsa menyimpang daripada matlamat yang ditetapkan oleh gerakan Olimpik di Paris lebih 100 tahun lalu, bercanggah dengan semangat Olimpik.

Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024, merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30. Ini menjadi penyertaan ke 15 bagi kontinjen Malaysia sejak 1964.

26 atlet Malaysia akan beraksi dalam 10 jenis sukan seperti angkat berat, terjun, renang, menembak, sukan pelayaran, berbasikal, badminton, golf, dan olahraga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: