Pemain Badminton Zhang Zhi Jie Maut Sakit Jantung!

Atlet badminton remaja yang berusia 17 tahun, Zhang Zhi Jie dari China telah meninggal dunia pada 30 Jun 2024 selepas rebah semasa kejohanan badminton di Indonesia. Insiden itu berlaku ketika dia bertanding menentang Kazuma Kawano dari Jepun dalam acara berpasukan Kejohanan Badminton Asia Junior pada 28 Jun 2024 hingga 2 Julai 2024 di Yogyakarta.

 

Dalam video yang dimuat naik oleh akhbar Malaysia New Straits Times, Zhang dilihat bersiap sedia untuk melakukan servis daripada Kawano pada 11-11 sebelum tiba-tiba rebah ke atas gelanggang. Akhbar Malaysia New Straits Times melaporkan yang pegawai perubatan kemudian merawat pemain muda itu. Badminton Asia dan Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama pada 1 Julai berkata Zhang dibawa ke ambulans dalam masa kurang dua minit dan dihantar ke hospital, di mana dia meninggal dunia pada 11.20 malam pada 30 Jun.

 

Kematian Zhang telah mencetuskan kemarahan dan dakwaan dimana pegawai tidak bertindak pantas apabila Zhang rebah. Zhang sedang bermain perlawanan menentang Kazuma Kawano dari Jepun apabila dia jatuh ke tanah dan mula sawan, seperti yang dirakam dalam video grafik yang tersebar dalam talian.

 

Bukan itu sahaja, malahan rakaman itu menunjukkan pegawai memerhati bintang badminton itu ketika dia kelihatan diserang sawan selama kira-kira 40 saat sebelum doktor akhirnya bergegas untuk membantunya. Dalam video itu, bantuan perubatan tidak kelihatan untuk memberi bantuan CPR atau menggunakan defibrilator pada atlet yang terkorban, tetapi pakar perubatan dengan pantas meletakkannya di atas pengusung untuk membawanya ke ambulans.

 

Menurut pegawai Persatuan Badminton Indonesia, Zhang telah dibawa ke dua hospital berasingan sebelum didapati meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut. Mengatasi kelewatan pada kejohanan itu, seorang pegawai dari persatuan badminton Indonesia memberitahu BBC bahawa pasukan perubatan kejohanan itu mematuhi peraturan di mana mereka memerlukan kebenaran pengadil sebelum memasuki gelanggang.

Kursus Kecergasan 2024

Pada pendapat saya sebagai dokter, nyawa manusia adalah lebih penting daripada peraturan. Pasukan perubatan yang bertugas tekah terlepas tempoh waktu yang dikenali sebagai golden period untuk menyelamatkan Zhang. (1)

 

Suddent Cardiac Arrest (SCA) Merupakan gangguan elektrik pada irama jantung yang menyebabkan jantung berhenti berdegup. Apabila ini berlaku, darah anda berhenti mengalir ke otak dan organ penting badan yang lain. SCA boleh berlaku pada orang yang tidak mempunyai penyakit jantung yang diketahui. Ia boleh mengancam nyawa dan biasanya menyebabkan kematian jika ia tidak dirawat dalam beberapa minit.(2)

 

Automated External Defibrillator (AED) juga dikenali sebagai mesin AED, ialah mesin yang digunakan untuk merawat serangan jantung mengejut (SCA). Dengan menghantar kejutan elektrik ke jantung seseorang dalam SCA, AED memulihkan irama jantung yang normal.(2, 3)

 

Kesimpulannya, resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan penggunaan awal mesin AED mampu menyelamatkan individu dan menderita SCA. Oleh itu, adalah penting bagi setiap orang untuk dilengkapi dengan kemahiran menyelamatkan nyawa seperti Pertolongan Cemas, CPR & AED. (1, 3)

 

1. Poole K, Couper K, Smyth MA, Yeung J, Perkins GD. Mechanical CPR: who? when? how? Critical Care. 2018;22:1-9.
2. Zimmerman DS, Tan HL. Epidemiology and risk factors of sudden cardiac arrest. Current opinion in critical care. 2021;27(6):613-6.
3. Marijon E, Uy-Evanado A, Dumas F, Karam N, Reinier K, Teodorescu C, et al. Warning symptoms are associated with survival from sudden cardiac arrest. Annals of internal medicine. 2016;164(1):23-9.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: