Perempuan VS Lelaki

Adakah lelaki dan perempuan memerlukan latihan yang berlainan? Rasanya ramai yang fikir, latihan untuk lelaki dan perempuan sangat berbeza. Sebagai contoh, kebanyakan perempuan akan fikir mereka perlu buat 20 hingga 30 ulangan dengan dumbbell yang sangat kecil yang biasanya berwarna-warni di gym kerana beranggapan jika mereka mengangkat lebihan bebanan, mereka akan membesar seperti lelaki. Begitu juga lelaki, yang cuba mengangkat seberat mungkin sehingga 1 ulangan untuk membesarkan otot.


Kursus Kecergasan 2024
Boleh dikatakan hampir setiap kali saya melatih wanita, saya berdepan dengan masalah, atau mereka akan berkata;

‘Saya tidak mahu membuat senaman itu, ia kelihatan seperti senaman lelaki’

Mereka lebih rela mengangkat bebanan 5 lb dan membuat senaman kardio tanpa henti, atau memilih senaman seperti yoga, pilates dan lain-lain. Kebiasaannya perempuan akan cuba melatih bahagian bawah badan lebih dari bahagian atas dan lelaki terbalik, sukakan bahagian atas badan.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa perbezaan yang perlu di ambil kira. Antara yang penting adalah apa yang kita panggil Q-angle atau Quadricep-angle iaitu sambungan tulang femur ke tulang fibia tibula. Jika kita lihat kaki lelaki agak lurus ke bawah, manakala kaki perempuan senget di bahagian paha. Ini adalah disebabkan tulang pinggul perempuan yang lebih besar untuk menampung sistem peranakan. Cuba bayangkan sebuah rumah dengan tiang yang kecil melurus ke atas dengan sebuah rumah dengan tiang kecil tetapi membesar di atas. Yang mana lebih stabil? Disebabkan kehadiran sudut-Q ini jugalah menyebabkan perempuan berjalan seperti itik. Lutut seorang perempuan terpaksa menampung lebihan luas permukaan tekanan berbanding lelaki. Disebabkan faktor ini, jarang sebenarnya kita lihat ada atlet wanita lebih dari usia 30 tahun bergelar juara dunia dalam sukan seperti tenis, squash dan lain-lain. Kebanyakan atlet perempuan akan bersara awal untuk menjaga kesihatan lutut.

Disebabkan faktor yang sama juga, menyebabkan terdapat beberapa senaman yang memerlukan variasi berbeza antara lelaki dan perempuan. Antaranya seperti squat. Sudut squat lelaki dan perempuan sedikit berbeza. Disebabkan sudut-Q juga, seeloknya senaman seperti stepper dikurangkan untuk perempuan kerana ia akan lebih memberi tekanan kepada lutut perempuan.

Jika dikaji lagi perbezaan lelaki dan perempuan, kita akan dapati bahawa perempuan lebih lentur atau fleksibel berbanding lelaki tetapi yang selalu membuat regangan adalah perempuan dengan latihan yoga, pilates. Jarang lelaki buat latihan regangan. Bila jarang buat regangan mulalah timbul masalah-masalah lain seperti ketidakseimbangan otot. Antara yang mudah dilihat seperti lelaki yang mengangkat bebanan berjalan mengepak. Mengepak bukan menandakan bahawa lattisimus dorsi atau kepaknya mengembang tetapi disebabkan terlebih melakukan latihan dada dan menyebabkan otot pectoralis major memendek. Kebiasaannya masalah-masalah kecil seperti ini, akan membawa kepada masalah yang lebih besar seperti kerap sakit pinggang, sakit di bahagian rotator bahu, lutut dan sebagainya. Ini sekaligus menunjukkan kepentingan fleksibiliti pada badan kita sehingga fleksibiliti dimasukkan sebagai salah satu daripada 5 komponen asas kesihatan selain kekuatan otot, daya tahan otot, kardiovaskular dan komposisi badan.

Satu lagi yang sentiasa dilakukan adalah perempuan suka melakukan senaman bahagian bawah badan dan lelaki bahagian atas badan. Jika dari segi kecantikan, mungkin perempuan suka bontot yang tonggek dan sebagainya manakala lelaki suka dada yang bidang, tangan yang besar dan sebagainya tetapi perlu diingatkan bahawa perempuan lemah di bahagian atas badan manakala lelaki lemah di bahagian bawah badan. Secara semulajadi, perempuan dicipta untuk menampung peranakan sekaligus menjadikan bahagian kaki mereka lebih kuat daripada bahagian atas. Latihan berlebihan pada bahagian yang kuat akan menyebabkan ketidakseimbangan otot juga terjadi. Kita bersenam untuk sihat, bukan semata-mata untuk kelihatan cantik, jadi seimbangkan. Jangan abaikan bahagian-bahagian yang dirasakan tidak perlu lebih-lebih lagi lelaki yang suka mengelak melatih kaki. Silap-silap setahun sekali buat squat. Rahsia kehebatan lelaki terletak pada kaki. Bila sistem pengaliran darah cantik di kaki maka sistem seksual lelaki pun cantik.

Jadi apa kesimpulannya? Sistem latihan yang digunakan boleh diguna pakai oleh lelaki dan perempuan. Perempuan tidak perlu takut melihat bebanan yang besar. Secara umumnya, kandungan hormon dalam badan lelaki dan perempuan tidak sama. Perempuan dilahirkan dengan rendah hormon testosteron dan tidak mempunyai kilang untuk menghasilkannya manakala lelaki dilahirkan dengan rendah hormon estrogen dan mempunyai kilang menghasilkan testosteron. Testosteron diperlukan dalam proses membina otot. Mungkin ada sesetengah kes yang jarang kita jumpa menunjukkan perempuan mempunyai testosteron yang tinggi, mungkin satu dalam ratusan ribu. Perempuan yang memiliki otot yang besar kemungkinan mengambil hormon tambahan. Jadi tidak perlu risau untuk mengikuti latihan yang serupa seperti lelaki. Latihan bebanan yang berat terbukti mampu membentuk tubuh badan yang lean untuk perempuan berbanding dengan mengangkat dumbbell pink 5 lbs.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

15 thoughts on “Perempuan VS Lelaki

  1. i tidak gemar dumbell pink bak kata ZK… n xpernah abaikan mane2 b0dy parts..semua i train… kpda kaum llki, jgn m’ank tirikan kaki anda.. n utk prmpuan,, train ur upper b0dy sama… seimbangkan……

    1. Zaki Khan says:

      trima kasih kerana membaca

  2. i always love to read ur article. keep it up

  3. good info.so,antara senaman kardio dan weight training,manakah yg terbaik utk wanita menyingkirkan lemak dan mengekalkan berat badan.senaman apakah yg kekal meningkatkan metabolisma bdn

    1. Zaki Khan says:

      saya akan ckp, combination kedua2nya. aerobik type n anaerobic type diperlukan utk pembinaan otot dan pembakaran lemak. utk metabolisme, consistent training, makan yg kerap, intake protein dlm setiap meal dll. keep healthy life style. bersenam dgn latihan bebanan, cardio mcm jog dll, bersukan, beriadah dan pemakanan yg baik.

  4. wahh info yang sangat menarik 🙂 sgt suka..betol kata u..kita pmpuan acct byk fokus bahagian bawah je..upper body slalu abaikan..mcm malas gitu, nway tq for this article

  5. Salam Rabu.

    WAHAI Yaaa Bro Zaki Khan Yang Gempaq Dan BudiMan Lagi Prihatin.

    Hello Bro, I’ve Found One New Amazing And Real Facts About Health & Fitness Methodology. Frankly Said, I Also Never Have A Thought About It, Untill I Knew The Truth About It By This Article http://aminfadzlan786.blogspot.com/2011/04/weights-workout-better-than-cardio.html . Dan Another GudNius Is, Laman Bro Ini (strengthsifoo.com) Kini Telah Wujud Di Seksyen ‘Mixed Links’ hamba.

    OK Bro, Selamat.

    Salam Sejahtera Qolbu.

    1. terima kasih kerana memberi sokongan. nanti saya masukkan link ke dlm link pautan

  6. Salam bro…senaman di bahagian bawah yg bro maksudkab tu macam mana?jogging?aade lg x yg ln selain dr jogging

    1. bahagian bawah, termasuk kaki (quad, hams, betis), apa2 senaman conditioning.

  7. Very informative. Seronok baca.

Leave a Reply to macamnilah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: