Perlukah Kita Minum 8 Gelas Air Sehari?

Tahukah anda yang air bukan sekadar menghilangkan dahaga, namun air memainkan peranan yang penting untuk memastikan badan anda berfungsi dengan baik dan sihat. Bukan itu sahaja, malahan lebih dari 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Hampir semua sistem utama badan anda bergantung kepada air untuk berfungsi dan terus hidup.

Anda pasti pernah terbaca tentang nasihat yang sangat terkenal, yaitu kita harus minum 8 gelas air sehari. Saya ingin bertanya kepada para pembaca, betulkah nasihat yang anda dengar itu dan 8 gelas yang dimaksudkan itu gelas apa? Cawan tea, mug kopi atau pint bir? Walaupun banyak poster yang kelihatan di mana-mana yang menyaranka anda untuk “minum sekurang-kurangnya lapan gelas 8-oz (236.588 ml) air sehari”, namun tiada bukti kajian yang kukuh dalam menyokong nasihat ini. (1)
Kursus Kecergasan 2025

Kajian oleh Valtin et al menyatakan yang tiada kajian saintifik ditemui untuk menyokong nasihat 8 gelas air ini. Kajian ini juga menyatakan bahawa tinjauan makanan dan pengambilan cecair ke atas beribu-ribu orang dewasa mencadangkan bahawa jumlah air yang besar itu tidak diperlukan kerana orang yang dikaji itu berkemungkinan sihat dan tidak mempunyai penyakit seperti sakit buah pinggang atau sakit jantung. (1)

Manusia yang sihat mampu mengawal keseimbangan air dalam tubuh dengan optimal sepanjang hayat mereka walaupun terdapat perubahan dalam perkembangan biologi dan pendedahan kepada tekanan pada status penghidratan. Kekurangan air dalam badan secara akut atau kronik berlaku apabila pengambilan dikurangkan atau kehilangan meningkat, tetapi penghidratan harian secara amnya dikekalkan dengan baik selagi makanan dan cecair tersedia.(2)

Jumlah pengambilan air termasuk air dalam minuman seperti jus atau kopi serta air dalam makanan seperti sup atau bubur. Menurut survey yang dilakukan oleh MANS 2003 (Malaysian Adult Nutrition Survey 2003), mengambilan air yang disarankan ialah sekitar 1.5 liter (6 gelas) per hari untuk individu berusia 18 hingga 59 tahun.(3)

Jadual 1 di bawah menyimpulkan jumlah purata pengambilan air untuk individu yang berbeza. (1,2,3,4)

Categori usia Rekomendasi
Bayi usia <6bulan Pakar tidak mengesyorkan air kosong untuk bayi sebelum umur 6 bulan.
Bayi berusia>6 bulan CDC mengatakan bahawa jika bayi berumur lebih dari 6 bulan memerlukan cecair tambahan pada hari-hari panas, mereka boleh mengambil air dalam botol. Walau bagaimanapun, bentuk cecair dan kalori utama mereka mestilah susu ibu atau formula.
Kanak-kanak usia >12 tahun Kanak-kanak berumur lebih 12 bulan harus digalakkan untuk minum air sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka (contohnya, selepas memberus gigi dan sebelum, semasa, dan selepas waktu bermain di sekolah) atau cuaca panas.
Dewasa usia 18-59 tahun Sekitar 1.5 liter (6 gelas) per hari.

 

 

Tubuh manusia pandai mengawal dirinya, dan air tidak terkecuali. Badan sentiasa bekerja untuk mengekalkan keseimbangan air yang masuk dan air yang keluar. Jika seseorang minum terlalu banyak air, badan akan mengeluarkan lebih banyak. Jika mereka minum terlalu sedikit, ia akan berkurangan. Selain saiz badan dan tahap aktiviti, faktor harian lain boleh memainkan peranan dalam menentukan jumlah air yang perlu diminum oleh seseorang.

Kesimpulannya, badan akan memberi isyarat kepada seseorang yang memberitahu mereka untuk minum lebih atau kurang cecair. Badan juga mempunyai hormon pengatur air yaitu arginine vasopressin yang menguruskan dahaga, perkumuhan cecair, dan keseimbangan air badan.(3)

 

  1. Valtin HJAJoP-R, Integrative, Physiology C. “Drink at least eight glasses of water a day.” Really? Is there scientific evidence for “8× 8”? 2002.
  2. Sawka MN, Cheuvront SN, Carter RJNr. Human water needs. 2005;63(suppl_1):S30-S9.
  3. Norimah Jr AK, Safiah M, Jamal K, Haslinda S, Zuhaida H, Rohida S, et al. Food consumption patterns: findings from the Malaysian adult nutrition survey (Mans). 2008;14(1):25-39.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: