Persatuan Bina Badan Melayu Kuala Lumpur

Semalam, 24 Disember 2011, saya menghadiri Mesyuarat Persatuan Bina Badan Melayu Kuala Lumpur yang mana merupakan mesyuarat pertama Persatuan ini. Saya hadir sebagai penyibuk sahaja. Tidak ada kena mengena dengan mesyuarat.

Kursus Kecergasan 2024Mesyuarat berlangsung di Leha Kelfood, Wangsa Maju bermula jam 4.30 petang dan berakhir sekitar jam 7.30 petang. Hampir 30 orang hadir. Persatuan Bina Badan Melayu Kuala Lumpur membariskan banyak muka baru termasuk Roslan Md Sani selaku Presiden. Tahniah kepada Presiden Persatuan Bina Badan Melayu Kuala Lumpur. Semoga penubuhan Persatuan ini membawa seribu kebaikan.

Boleh dapatkan info lanjut di

http://www.facebook.com/groups/321902851157086/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Persatuan Bina Badan Melayu Kuala Lumpur

  1. Terbaik lah, nak join sekali tp jauh la pulak.

  2. dato, adakah benar jika kita bina badan.. tp bila kite dah tidak aktif otot kita yg kita bina hilang… dan jika betul.. apakah cara untuk mengekalkannya sampai ke tua?

    1. otot tidak digunakan, akan cuba dikurangkan oleh bdn, ini mekanisme badan yg x dpt nak elak. otot memerlukan kalori yg tinggi utk sustain, jd bdn akan cuba sedaya upaya utk berada pada tahap selera, x perlu maintain otot besar2. cara nak kekal, kekal guna otot tu.

      1. Betul dato, pengalaman saya sendiri, hampir sepuluh tahun stop, muscle mengecut, klu makan tak jaga, mmg akan berlemak. Ape pun syukur gak, muscle memori masih ada, bila start aktif semula badan senang terbentuk walaupun tak sebesar atau seLean dulu. terus terang saya cakap, klu saya tak jumpa blog ni, rasanya sampai sekarang saya masih rehat panjang, apa pun terima kasih byk dato, blog ni byk bagi kesedaran pd saya.

      2. wah..!! thanx 4 ur reply dato.. =) sgt bergune.

  3. roslan md sani says:

    terbaikkkkk…tq dato zaki…

  4. best mlm tu,Dato makan sampai 2x,mee goreng tak nak sayur ngan burgar ayam double,hahahahah

  5. hahahhahaha,tgh buat saiz ni.

Leave a Reply to roslan md sani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: