Tidak Seronok Bersenam?

Kenapa kebanyakan dari kita tidak seronok bersenam? Antara sebab-sebab yang mungkin

Terlebih Latihan (Overtraining)

Kebanyakan dari kita ‘mungkin’ terlebih bersenam tapi rasanya lagi banyak terkurang bersenam (Undertraining). 😀 .Antara gejala-gejala terlebih latihan

– Kesakitan yang kerap dan tidak dijangka dalam otot-otot dan sendi-sendi
– Setiasa letih, kekurangan tenaga
– Sakit kepala
– Kehausan
– Imun badan merosot
– Tekanan / Kemurungan
– Kurang keinginan
– Kurang selera makan
– Kehilangan berat yang tidak diduga
– Kerap cederaKursus Kecergasan 2024

Tidak semestinya jika terdapat salah satu tanda ini menandakan terlebih latihan, tetapi jika terdapat lebih dari satu tanda, kaji balik samada senaman atau pemakanan atau rehat tidak betul.

Otot Dysmorphia

Otot dysmorphia adalah keadaan psikologi di mana mereka yang aktif berlatih tidak berpuas hati dengan keadaan fizikal mereka sekarang walaupun secara teknikalnya ada perkembangan. Ada yang menerima baik kekurangan yang difikirkan di tempat-tempat tertentu dan cuba memperbaikinya tetapi mungkin cuba ambil cara mudah, seperti penggunaan dadah sukan.

Gangguan Pemakanan

Terdapat empat gangguan pemakanan yang utama

Anoreksia Nervosa – Keinginan menjadi kurus dengan cara berlapar, golongan ini percaya yang mereka lagi besar dari yang sebenar.

Bulimia Nervosa – Golongan ini cuba membersihkan diri daripada makanan termasuk memuntahkan kembalik makanan atau menggunakan julap.

Anoreksia Nervosa Terbalik – Menganggap dah terlebih makan lalu bersenam berlebihan demi membakar kalori berlebihan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Tidak Seronok Bersenam?

  1. tanya sedikit zaki.. kalau body buider, perlu tak ambil brg mcm deca, testolic dll? kalau tak ambil besar tak?

  2. Zaki Khan says:

    ada cerita pasal steroid ni, pernah ada sorang budak cina ni, minta la kat sorang doctor ni, terkenal kat malaysia dlm bina badan, nak steroid kata dia, nak besarkan badan. doctor ni bgla paracetamol, buh biji dlm 1 bekas, pastu dia suruh amik sebelum training, n train mcm ni, makan mcm ni. lepas 3 bulan, betul2 besar budak ni, dia minta plak steroid nak cutting, nak masuk contest, doc bg pil apa tah, mcm chi kit teck on, n suruh training mcm ni, makan cam ni, lepas 3 bulan, betul2 rip, masuk contest n menang. jd apa kesimpulannya? perlu ke steroid?

  3. This looks to be a very active website. How on earth do you keep up with filtering out all the comments?

    1. Zaki Khan says:

      word press doing that for me

  4. Salam Bro..baru berjinak2…walaupun lepas tu sakit2 badan…tapi kepuasan tu memang rasa best yg tak dapat nak luahkan….rasa badan macam tegap je ( walaupun tak tegap…heheheh )

    1. sakit badan tu normal. lg2 baru start. bertahan la dulu utk dptkan bdn diidamkan.

Leave a Reply to roy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: