Rasa Tersekat Di Tekak, Sukar Menelan Sewaktu Angkat Berat

Coach, kadang kala rasa ada benda tersekat di tekak masa deadlift, nak menelan jadi susah itu kenapa?

Ia kemungkinan besar apa yang dipanggil sebagai exercise-induced laryngeal atau exercise-induced lryngomalacia (EILO) di mana, masalah pernafasan ini berlaku senaman. Boleh jadi angkat berat, berlari dan sebagainya yang berintensiti tinggi. Ada juga yang panggil sebagai vocal cord dysfunction (VCD).

Kursus Kecergasan 2021 

EILO ini merujuk kepada pengecilan salur pernafasan, laryngal dan supraglottic. Simptom nampak serupa dengan asma sehingga selalu disalah erti. Ada yang rasa bengkak di bahagian tekak, ada yang susah nak batuk, susah nak telan air liur, sesak nafas dan sebagainya.

Walaupun kemungkinan besarnya EILO, ada juga kemungkinan masalah lain seperti exercise-induced bronchconstriction (EIB), sakit jantung dan sebagainya. Buat pemeriksaan doktor untuk kepastian.

Apa Rawatan

Rawatan awal biasanya terapi speech-behavioral, latihan pernafasan dan sebagainya yang masih memerlukan kajian lanjutan.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: