Angiogenesis – Adakah Sekadar Nampak Sado?

Apa Itu Angiogenesis?

Secara umum adalah pembentukan salur darah baru.

 

Bagaimana senaman boleh mencetuskan angiogenesis?

Sistem otot kita sangat bergantung kepada salur darah untuk membekalkan nutrisi dan oksigen yang mencukupi. Semasa senaman, pengambilan oksigen dan nutrien perlu meningkat secara mendadak dan atas sebab ini, aliran darah melalui saluran yang mengelilingi gentian otot aktif meningkat dalam beberapa saat.

Sumber : Metabolic regulation of exercise-induced angiogenesis

 

Di tahap mana salur darah kita? A, B atau C?

Gambar A : salur darah masa kita muda dan sihat.  Lancar sahaja perjalanan darah. Jantung kita mengepam senang sahaja.

Gambar B : Dengan pemakanan dan  gaya hidup, kolesterol sudah mula ada, salur darah  semakin sempit. Ibarat getah paip yang kita picit tekanan menjadi tinggi, inilah tekanan darah tinggi.

Gambar C : Jangan sampai hampir tertutup boleh strok. Rawatan yang ada bypass atau stent.

Sumber : USA Vascular Centers

 

Kursus Kecergasan 2021

Apa pentingnya bina salur darah baru ?

Ia adalah untuk membantu melancarkan perjalanan darah sekiranya ada salur darah yang mula sempit. Kajian senaman aerobik yang mencetus angiogenesis dapat menurunkan tekanan darah tinggi (Jianwen et al, 2021). Apabila bersenam kita juga akan membesar dan menguatkan jantung, kerana itu kadar nadi rehat rendah,  jantung tidak perlu berkerja keras mengepam darah seluruh badan.  Berbeza yang jantung lemah, jantung perlu mengepam lebih banyak. Bagaimana jika saluran darah tersumbat pula, ia semakin menyukarkan, ini akan merisikokan untuk sakit jantung. Mereka  yang susah hendak mengambil darah, lebih patut bersenam kerana bahaya salur darah sempit.
Daripada kajian-kajian telah banyak membuktikan aktviti senaman tidak kira senaman rintangan atau kardiovaskular, kedua-duanya banayak memberi manfaat kesihatan boleh membantu untuk mengawal penyakit metabolik. Manfaat senaman tidak hanya sekadar bakar kalori dan penurunan berat badan. Manfaat ini tidak dapat dengan sauna, detok, bengkung apatah lagi ubat kurus. Semua orang perlu bersenam.

Adakah bila senaman kita boleh makan banyak lemak?

Tidak! Tidak dapat manfaat senaman dengan diet yang teruk, Jaga pemakanan anda.

 

Rujukan :

  1. Angiogenesis

  2. Metabolic regulation of exercise-induced angiogenesis

  3. Promotion of Aerobic Exercise Induced Angiogenesis Is Associated With Decline in Blood Pressure in Hypertension

Eda Sharip

Eda Sharip

Coach Eda Sharip adalah Certified Personal Trainer, Gym Instructor and Fitness Instructor. Bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia Kawasan Kubang Kerian, Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu. Pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: