Sistem Tabata

Apa itu Tabata? Tabata dicipta oleh Izumi Tabata yang mana menyasarkan membakar lemak cepat dengan latihan yang agak mudah.

Kursus Kecergasan 2024Tabata ini latihan High Intensity Interval Training cuma dah disedapkan lagi nama ke Tabata. Tabata menyasarkan latihan selama 4 minit setiap 2-3 hari (untuk proses pemulihan).

Secara amnya, Tabata menggunakan intensiti yang sangat tinggi selama 20 saat dan intensiti yang rendah atau rehat selama 10 saat. Boleh dilakukan dengan aktiviti kardio seperti berlari di treadmill, berbasikal, crosstrainer dan sebagainya. Ia juga boleh dilakukan menggunakan latihan bebanan seperti squat, push-up dan sebagainya. Jika cukup fit, boleh tambah bebanan seperti kettel ball, dumbbell dan sebagainya.

Menggunakan treadmill tidak berapa digalakkan kerana treadmill tersebut mengambil masa untuk perlahan tetapi boleh juga dilakukan dengan melompat ke tepi, sama sekali berehat untuk 10 saat dan terus melompat untuk sambung berlari.

Memanaskan badan (sekitar 3 minit)
Tabata X 8 (20 saat intensiti tinggi, 10 saat intensiti rendah atau berhenti)
Menyejukkan badan (sekitar 2 minit)

Tabata juga boleh dilakukan selepas rutin latihan yang biasa.

Tabata Crosstrainer
http://youtu.be/dKUp4DbRjTk

Tabata Squat
http://youtu.be/nDcNzEFr7yA

Tabata Burpee
http://youtu.be/gmuSgwCNSgE

Nota: Lepas ini nak tukar nama latihan ke ZKbata

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

23 thoughts on “Sistem Tabata

  1. Saya dah lakukan sistem tabata ni dah 3 minggu yang lepas..mmg best…ok lg m’gunakan treadmill….

    1. wah kalo best nk try jugak la..ni yg tak sabar nk g gym ni..hehe

  2. try la rina..sistem ni lg cepat kuar peluh n fit dr guna treadmill..kena lak bahagian squat n sit up..

  3. tabata blh buat berbagai cara. blh guna dumbbell, barbell, bodyweight atau kettle bell dan dsb.
    contoh bodyweight blh wat spt push ups ngan jumping lunges
    atau ape2 kombinasi kegemaran. dgn cara ini lbh seronok. bru ada motivasi utk lakukn selalu

    1. ya, boleh pelbagai cara. cuba letak beberapa sample td, tp fail plak. xtau aphal ngan blog ni td.

  4. Tabata menyasarkan latihan selama 4 minit setiap 2-3 hari (untuk proses pemulihan). – tak faham dengan ayat ni. boleh explain tak dato? 😀

    1. maknanya, 2 atau 3 hari tu, buat sekali. bg tempoh utk recovery.

      1. so maknanya tabata tak boleh buat hari hari?

        1. tak digalakkan setiap hari utk memberi ruang pada pemulihan. tetapi untuk seorang yg terlatih, tiada masalah.

  5. mohd zaki says:

    Salam dato’. Nak bertanya jgk. Ada yg kate, tabata juga perlu amik kira heart rate, betul ke dato’.. ada yg kate buat sehabis daya (max limit) kita..

    Cth : buat kardio, (20sec sprint,10 sec slow jog) – 8 kali bersamaan 4 min

    Sy pernah buat, lari sehabis daya kemudian slow jog, mmg termengah2..dh tentu heart rate tinggi, betul ke cara ni, atau sekadar 60%-75%, mana satu yg betul.. sy jugak suka buat tabata dgn bodyweight
    (push-up, jumping squad, lunges etc2)

    Adakah berkesan dlm pembakaran lemak bdan (*sy nk buang lemak badan, sbb skang dlm 19%) atau sekadar utk stamina jer tabata nih..

    Blh dato’ terangkan sikit. Terima kasih.

  6. mohd zaki says:

    Oh ya, satu lg dato’.. saya buat tabata agak kerap, skang 4 min tu dah tak terasa apa2,
    sy tingkatkan lg kepada 6min..dan baru2 ni 8min (bodyweight jer la) baru terasa penat dan rasa
    kepuasan dia. tak per ke hari2 ??

    1. boleh. ia x semestinya 4 minit. cuma dlm sistem direka tabata ni 4 minit.

      1. mohd zaki says:

        Oh terima kasih dato, br sy faham selama ni tercari2 jawapan dia.

  7. salam dato, kalau kita guna basikal dalam gym tu macm mana pulak, untuk sistem tabata ni..atau sama ja dengan menggunakan konsep larian yg guna tradmail

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: