Sukan SEA 2023 Prestasi Terburuk Malaysia

Kontinjen Malaysia catat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA apabila gagal capai sasaran 40 emas, dan menduduki tempat ketujuh pada edisi 2023 di Kemboja. Ia lebih teruk daripada pencapaian edisi lalu di Vietnam.

Kontinjen negara hanya mampu meraih 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa. Edisi sebelum ini 39 emas, 45 perak, dan 90 gangsa. Malaysia menghantar 676 atlet ke Phnom Penh.

Kursus Kecergasan 2021 

Vietnam muncul juara keseluruhan dengan 136 emas, 105 perak dan 114 gangsa diikuti Thailand 108 emas, 95 perak dan 108 gangsa. Indonesia di tempat ketiga dengan 85 emas, 81 perak dan 126 gangsa.

Malaysia perlu buat bedah siasat (post mortem), kaji balik apa kesilapan kita. Jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai pingat lebih besar seperti emas olimpik. Kita tidak pernah dapat pingat emas untuk olimpik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: