Ahli Bina Badan, Jo Lindner Mati Pada Usia 30 Tahun

Ahli bina badan, Jo Lindner atau lebih dikenali dengan nama Joesthetic mati pada usia 30. Teman wanitanya Nicha kata, Jo Lindner mati mengejut disebabkan aneurysm.

Aneurisme adalah bonjolan pada saluran darah yang disebabkan oleh kelemahan pada dinding saluran darah, biasanya di mana ia bercabang. Apabila darah melalui saluran darah yang lemah, tekanan darah menyebabkan kawasan kecil ini membengkak seperti belon.

3 hari sebelum, Jo Lindner mengadu sakit pada lehernya. Penyakit ini biasanya diwarisi daripada keturunan. Boleh jadi juga disebabkan trauma, kecederaan dan sebagainya.

Adakah ia disebabkan penggunaan steroid?

Boleh jadi juga. Steroid banyak bawa kesan negatif berbanding positif. Dalam kes ini, kena tunggu bedah siasat untuk kaji punca sebenar atlet mati pada usia muda.

 

Kursus Kecergasan 2024

Sedikit info mengenai Joesthetic;

  • Jo Lindner berasal daripada German. Beliau popular sebagai seorang model kecergasan dan pemberi pengaruh.
  • Beliau merupakan tuan punya aplikasi Alien Gains, aplikasi jurulatih peribadi
  • Dalam video YouTubenya, Jo mengaku menggunakan steroid. Tajuk video, “How I First Got In Touch With Steroids (The Ture Story)”.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: