Takhta Direbut Kembali — Derek Lunsford Kembali Sebagai Mr Olympia 2025

Tahun ini, dunia menyaksikan detik yang ramai dah jangka, tapi tak semua percaya akan jadi kenyataan — Derek Lunsford bangkit semula. Selepas tewas kepada Samson Dauda tahun lalu, ramai fikir Derek dah “hilang momentum”. Tapi kalau anda kenal mentaliti seorang juara sejati, anda tahu satu perkara: juara tidak pernah hilang. Dia cuma senyap sementara.

Dan kali ini, Derek kembali dengan pakej yang lebih padu — kondisi tajam, saiz luar biasa, dan yang paling penting — keyakinan diri. Bukan sekadar badan, tapi aura. Dia naik pentas dengan keyakinan bahawa tak ada siapa yang boleh menandingi dirinya.

Hasilnya? Gelaran Mr. Olympia 2025 kembali ke tangannya. USD 600,000 dalam poket, tapi yang lebih mahal — maruah. Tahun demi tahun, Hadi kekal antara yang paling konsisten. Kedua lagi kali ini, tapi jangan silap — dia bukan lemah. Dia cuma berdepan dengan versi Derek yang paling baik.

Kursus Kecergasan 2025Hadi ini contoh klasik: bila orang cakap umur makin meningkat, dia buktikan bahawa “peak” bukan angka, tapi attitude. Dia datang dengan shape yang keras, detail tajam, tapi mungkin kehilangan sedikit “wow factor” di bahagian upper body.

Andrew Jacked akhirnya capai podium top 3. Dari dulu ramai cakap potensinya luar biasa, tapi kali ini dia betul-betul deliver. Struktur badannya memang mengagumkan — simetri, estetik, dan masih ada ruang untuk naik lebih tinggi. Kalau dia terus perbaiki keadaannya, dia boleh jadi ancaman besar tahun depan. Juara tahun lepas Samson Dauda jatuh ke tempat ke-4.

Keputusan Mr. Olympia 2025

Kedudukan Atlet Negara Hadiah / Catatan
1 Derek Lunsford Amerika Syarikat Memenangi kembali gelaran Mr. Olympia dengan hadiah US$ 600,000
2 Hadi Choopan Iran Tempat kedua, menerima hadiah sekitar US$ 200,000
3 Andrew “Jacked” Obiekea Nigeria / Amerika Menduduki tempat ketiga, hadiah sekitar US$ 100,000
4 Samson Dauda United Kingdom Mantan juara tahun 2024, kali ini turun ke tempat keempat
5 Martin Fitzwater Amerika Syarikat Tempat ke-5
6 Nick Walker Amerika Syarikat Tempat ke-6
7 Brandon Curry Amerika Syarikat Tempat ke-7
8 Tonio Burton Tempat ke-8
9 William Bonac Tempat ke-9
10 Vitalii Ugolnikov Tempat ke-10

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: