Tarian Aerobik

Tarian aerobik atau dipanggil senamrobik dilakukan oleh sekumpulan orang dengan pergerakan atau kareografi yang telah diatur mengikut muzik dengan beat atau kelajuan tertentu dengan dimulakan dengan memanaskan badan, kareografi tarian, kondisasi otot dan menyejukkan badan. Di Malaysia, kita dapat lihat pelbagai jenis orang termasuk mereka yang montel, bulat menjadi jurulatih senamrobik dengan harapan untuk mengajar orang lain menguruskan badan. Apa perasaan anda, jika anda berhajat untuk kuruskan badan dan bersemangat untuk cuba senamrobik, sekali sampai ke kelas, ‘aik, jurulatih lagi besar dari aku la’.
Kenapa ramai memilih senamrobik berbanding gymnasium? Alasan utama adalah kerana keseronokan. Di gym rasa terlalu seksa ingin menghabiskan latihan walaupun ada lagu-lagu menarik. Adakah senamrobik berkesan? Kebiasaannya senamrobik disertai oleh 1 kumpulan yang besar di mana dalam kumpulan tersebut mungkin ada yang berumur 16 tahun, ada yang berumur 61 tahun, ada dengan tahap kecergasan yang baik, ada yang baru hendak bermula. Jadi daripada situ kita dapat lihat kepelbagaian denyutan jantung yang mengikut satu rentak lagu. Ada jurulatih gemar membawa lagu rentak tinggi, ada yang bawa lagu rentak rendah. Bayangkan mereka yang dah agak berumur mengikut lagu rentak tinggi. Adakah kadar nadi latihan mereka berada pada tahap membakar lemak? Adakah berada pada tahap 65%? Atau mungkin mencecah tahap 90% daripada kadar nadi maksima?
Jadi daripada 100 orang peserta katakan, berapa ramaikah yang akan mendapat hasil yang dikehendaki? Ataupun anda masuk kelas senamrobik semata-mata untuk membakar kalori dan bukan membakar lemak? Kenapa agaknya ada jurulatih senamrobik berbadan gempal, montel, gemuk? Mereka sendiri tidak berjaya menguruskan badan dengan latihan yang mereka buat. Dengan intensiti tinggi, ada kemungkinan berlaku catabolisme, otot akan menyusut. Bila otot menyusut, metabolisme akan menurun. Jadi semakin lama semakin sukar untuk mendapatkan hasil. Bila berhenti senamrobik, badan naik balik, mungkin lagi teruk.
Bukan nak kata senamrobik tidak bagus. Tetapi buat pilihan yang baik untuk memilih kelas. Jika di gym komersial, kita boleh pilih kelas, ada peringkat permulaan, pertengahan dan advance. Seeloknya jika menyasarkan bakar lemak, ikutlah sistem latihan yang betul. Di Malaysia, ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah jurulatih, antara yang biasa ialah ketika kondisasi otot, mereka melakukan 2 kondisasi serentak. Bila 2 kondisasi dilakukan serentak, maka tiada penumpuan diberikan ke otot latihan.
Tidak dapat dinafikan terdapat jurulatih senamrobik yang baik di Malaysia, tetapi terus terang saya katakan, saya sangat sukar mencari jurulatih senamrobik yang baik. Bila saya hantar untuk peperiksaan mengambil sijil jurulatih, gagal. Jika anda rasa anda jurulatih yang baik dan tidak mempunyai pekerjaan, boleh hantar resume pada saya.
dah boring ..9 tahun beraerobik!
lama tul. kat mana aerobik?
rasa mcm rugi dh 9 tahun tu..klu join gym mungkin dh byk perubahan..
haha..sendri ja kat rumah.lebih 10 vcd aerobik yg yg di cuba dan,pilates yoga,belly dancing, .dll.skrg ni lebih suka wat weight training,angkat dumbell sikit2 ikut kemampuan,skuat,lunge,plank dll..kena tukar2,coz bila dah lama2,cepat bosan
buat sendiri kat rumah boleh tahan 9 thn tu kira hebat la. 😀
sya duk kat kuantan n nak sgt jd jurulath senamrobik..mana boleh sya ambik kursus tu ye?
sy pun
tp kekangan masa maklumlah cgu skolah
buln dismbr ni je byk masa free
saya nak jadi instruktur arobik..bila ada kursus tu?kat mana?tolong btahu ye.
kalau info dpt kat saya, sy akan bgtau.
please let me know kursus senamrobik area kl.tq
salam,saya berminat untuk menjadi instruktor senamrobik..tetapi sy tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapat pengajaran oleh instrukor senamrobik yg berkelayakan dan sijil kursus itu diiktiraf oleh nfc..jika ada kursus senamrobik let me know k…area kuantan
sy berminat nk jd jurulatih senamrobik tetapi xtaw bagaimana caranye.hrp dpt bntu sy..area muar
Dato,
Bagaimana pula dgn senaman bodyweight? Adakah senaman bodyweight memberi faedah dan kesan yang sama seperti senaman weight training di gym?
ia beri kesan, cuma kalau menggunakan weight, lebih cepat kesannya
sapa sebenarnya yg bawak senam robik mai malaysia. sapa pengasas dia ??
ke malaysia saya x pasti. tapi cooper kenalkan dulu