Teknik Bayangan

Tahukah anda, otak memainkan peranan penting dalam prestasi semasa latihan atau prestasi seorang atlet. Kajian menunjukkan terdapat satu mekanisme dalam otak yang mencetuskan pengurangan dalam prestasi otot semasa aktiviti dan memastikan kita tidak melebihi had fisiologi kita.

Chapter 440-Teknik-bayangan-visualization

Sejauh mana kita dapat mengaktifkan otot kita secara sukarela bergantung kepada setinggi mana motivasi dan kuasa dorongan atau tahap keletihan otot. Kajian menunjukkan impuls saraf dari otot menghalang atau mengurangkan daya secara spontan semasa penat. Jika pergerakan sama dilakukan, ia akan mebiusi saraf tunjung dan sekaligus menggangu pengaliran maklumat ke kawasan memerlukan.

Kursus Kecergasan 2024Penyelidik mendapati peningkatan dalam aktiviti di otak sebelum gangguan aktiviti yang memenatkan. Sistem neuron telah mengawal kesan ke atas prestasi otot. Dalam bahasa mudah, kebanyakan daripada kita sering berhenti sebelum mengoptimumkan prestasi otot.

Bagaimana mengoptimumkan prestasi otot tanpa mengaktifkan suis tekanan yang merembeskan kortisol? Menurut prinsip latihan, jika kita hendakkan peningkatan prestasi, kita perlu melanggarkan had fisiologi kita. Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan termasuk menggunakan teknik visualization. Sebelum memulakan latihan, bayangkan latihan yang akan dibuat. Bayangkan berapa berat yang ingin diangkat dengan kata-kata positif. Contoh, dengan meletakkan status di laman sosial seperti facebook, ‘Esok aku hendak deadlift 200kg’ berbanding dengan status ‘Tak lama lagi aku akan cuba buat deadlift 200kg’. Dua ayat yang agak sama tetapi berbeza daripada maksudnya.

Teknik visualization kini banyak diguna pakai oleh atlet, dengan membayangkan mereka menang sebelum sertai acara mereka. Teknik visualization atau bayangan sekali gus membantu seseorang melanggar had fisiologinya tanpa dihentikan oleh mekanisme dalam otak disebabkan kepenatan.

Chapter 440-Visualization-boxer-atlet

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: