Zhanna Samsonova Mati Mengamalkan Diet Raw Vegan

Zhanna Samsonova, seorang pempengaruh media sosial mati pada usia 39 tahun disebabkan tak cukup nutrisi dan keletihan gara-gara diet raw vegan yang diamalkan.
Sepanjang 4 tahun, Zhanna D’art hanya makan makanan vegan semulajadi seperti buah, biji bunga matahari, dan sebagainya. Beliau mati di Malaysia ketika dalam edisi jelajah asia tenggara pada 21 Julai yang lepas.
Menurut rakan-rakan, beliau kelihatan sakit sebelum ini sejak mengamalkan diet raw vegan yang terlalu ekstrim. Ini bukanlah kes pertama melibatkan diet ekstrim sebegini. Tahun lepas, seorang ibu dipenjarakan seumur hidup disebabkan membiarkan anaknya berusia 18 bulan mati kekurangan nutrisi dengan mengamalkan diet raw vegan.
Berpada-padalah dalam melakukan diet, lebih-lebih lagi diet yang sukar dapat nutrisi diperlukan badan seperti vegan, vegetarian dan yang sewaktu dengannya. Nak dapatkan protein lengkap, kena ambil beberapa jenis sayuran.
Rujukan