Diet Fleksibel

“Aduh, susahnya nak buat diet yang cantik”

Ramai mengeluh apabila bercerita tentang makanan sihat. Makanan sihat digambarkan seperti sangat menakutkan dan tidak menyelerakan. Rebus, bakar, stim dan sebagainya. Bukan senang nak lakukannya di Malaysia dimana kos makanan yang tinggi. Makanan sihat harga berganda-ganda.

Apa masalah yang sering dihadapi dengan makan secara sihat atau clean diet? Kebiasaannya, ramai akan berdepan masalah mempertahan diet tersebut. Badan mula bosan dan craving sesuatu. Setiap kali makan yang tak sihat, rasa bersalah disebabkan kita mula mengategorikan makanan.

IIFYM

Kita tanam pemikiran, gula bahaya, nasi menggemukkan, perasa tiruan menyebabkan kanser dan sebagainya. Setiap hari keluar pelbagai artikel menunjukkan bahaya makanan itu dan makanan ini. Terdapat kajian berdasarkan populasi menunjukkan makanan seperti makanan segera merbahaya, menggemukkan dan menjadi penyebab penyakit. Kita ditanam perasaan takut tapi dalam masa sama, makanan sebegini masih dijual. Biasanya, dianggap satu diet sesuai dengan semua orang. Anggapan seperti, diet bina badan sesuai dengan semua orang.

Hari ini saya nak cerita tentang flexible diet atau disebut If It Fits Your Macros (IIFYM). Diet ini kata, anda boleh makan apa sahaja selagi ia bertepatan dengan keperluan protein, lemak dan karbohidrat anda. Anda boleh makan burger, anda boleh makan aiskrim, anda boleh makan mee segera dan sebagainya.

Kursus Kecergasan 2024Cuba tengok contoh diet dibawah:

Menu 1: 8 telur putih, 1 mangkuk oat
Menu 2: 1 dada ayam, 1 mangkuk nasi perang, salad
Menu 3: 1 skop whey protein, 1 mangkuk oat (sebelum senaman)
Menu 4: 2 skop whey protein, air isotonik
Menu 5: 1 steak tanpa lemak, 1 cawan broccoli, 1 kacang campur
Menu 6: 1 salmon fillet, 1 sudu minyak zaitun
Menu 7: 1 skop protein casein, 1 sudu peanut butter

Sekitar 230g protein, 200g karbohidrat dan 80g lemak berjumlah 2440 kalori. Agak bosan menunya bukan?

Cuba bandingkan:

Meal 1: 500g low-fat Yogurt, 1 mangkuk cereal, 1 epal, 1 cawan kacang
Meal 2: Subway 12 inci, daing tambahan, keju dan diet coke
Meal 3: 2 skop whey protein, aiskrim rendah lemak
Meal 4: Burger buat sendiri dengan keju

Sekitar 230g protein, 200g karbohidrat dan 80g lemak berjumlah 2440 kalori. Sama seperti menu di atas. Mana yang lebih menarik?

Jadi, jika anda teringin nak makan makanan-makanan tertentu, boleh. Cuma jangan melebihi keperluan sasaran anda. Rancang pemakanan anda. Masalah yang mungkin timbul di Malaysia adalah kebanyakan makanan tinggi karbohidrat, garam dan sebagainya. Jadi pilihlah makanan yang bersesuai.

Tengok cara kiraan keperluan di entri Pelan Pemakanan.

Woman Measuring Waist

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: