Jenis Otot Mar12

Kongsi

Jenis Otot

Mengapa ada sesetengah orang lebih cepat dan boleh mendapatkan otot yang lebih besar mudah daripada yang lain? Mengapa ada orang ada stamina yang sangat tinggi walaupun dengan latihan yang minimal? Ini adalah perbezaan individu yang tidak dapat dibezakan. Manusia dicipta dengan kepelbagaian sifat dan kebolehan.

Kursus Kecergasan 2017Manusia secara asasnya memiliki tiga jenis gentian otot yang berlainan. Gentian jenis I (slow-twitch) telah dikenal pasti memiliki masa penguncupan yang perlahan dan rintangan tinggi untuk keletihan. Mereka mempunyai motor neuron yang kecil dan diameter gentian yang padat dengan mitokondria dan kapilari. Ia juga tinggi myoglobin dan rendah creatine phosphate (digunakan untuk pergerakan cepat), kandungan glikogen yang rendah dan kaya dengan simpanan trigliserida.

Ia mengandungi beberapa enzim yang terlibat dalam glikolisis, dan banyak enzim yang terlibat untuk oksidatif (kitar krebs, pengangkutan rantaian elektron). Pendek kata serat gentian jenis I ini sesuai untuk aktiviti aerobik atau aktiviti jangka masa panjang seperti marathon. Jika kita lihat, mereka yang terlibat dengan marathon, badan mereka tidak besar.

Gentian Jenis II (fast-twitch) telah dikenal pasti cepat masa tindak balas dan rintangan rendah untuk keletihan. Kuncupan ototnya laju disebabkan kadar pelepasan kalsium oleh sarcoplasmic reticulum dan aktiviti enzim myosin-ATPase yang memecahkan ATP di kepala myosin. Gentian jenis II ini dibahagikan kepada 2 iaitu jenis IIA dan IIB. Jenis IIA mempunyai rintangan yang sederhana kepada keletihan dan boleh dikatakan terletak di tengah-tengah serat gentian jenis I dan IIB.

Gentian Jenis IIA mempunyai motor neuron yang besar dan mitokondria berketumpatan tinggi serta kapilari dan myoglobin yang sederhana. Ia adalah tinggi creatine phosphate dan glikogen dan simpanan trigliserida yang sederhana. Ia mempunyai kedua0dua enzim glycolytic dan oksidatif yang tinggi. Mereka yang lebih jenis IIB ini sesuai untuk aktiviti anaerobik yang panjang dengan kuasa yang tinggi seperti lari 400 meter.

Gentian Jenis IIB juga laju dan sangat sensitif kepada keletihan dan sesuai untuk anaerobik pendek. Gentian jenis ini mampu menghasilkan kuasa yang lebih besar daripada kedua-dua jenis gentian tadi. Ia mempunyai motor neuron yang besar tetapi rendah mitokondria dan kapilari serta kandungan myoglobin. Ia tinggi creatine phosphate dan glikogen tetapi rendah simpanan trigliserida. Ia mengandungi banyak enzim glycolytic tetapi rendah enzim oksidatif. Mereka yang tinggi gentian jenis ini sesuai untuk aktiviti seperti angkat berat.

Setiap dari kita memiliki semua jenis tetapi ada satu jenis yang mendominasi. Seeloknya kenal pasti jenis mana yang dominasi jika anda benar-benar ingin berjaya dalam sesuatu sukan. Ada orang mungkin dilahirkan sesuai dengan sukan bina badan, ada orang sesuai dengan sukan basikal. Terdapat kajian menunjukkan, otot jenis bukan dominasi boleh dilatih tetapi hasilnya tetap tidak sama dengan mereka yang dilahirkan jenis dominasi tertentu. Jenis otot mungkin menentukan tetapi kemudian yang membezakannya adalah sikap.

Baca juga Entri
Otot

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube