Kelab Gym 1Malaysia Bukit Kiara Dec13

Kongsi

Kelab Gym 1Malaysia Bukit Kiara

Bagi sesiapa di sekitar Kuala Lumpur yang mencari gym berkualiti pada harga yang murah. Boleh cuba ke Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara ( Kelab Gym 1 Malaysia Bukit Kiara) bertempat di Jabatan Belia & Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur.

Kursus Kecergasan 2017Dengan bayaran serendah rm10 untuk pendaftaran dan rm12 untuk setahun, dan rm2 sekali masuk untuk ahli, anda boleh mula bersenam. Gym ini dibuka daripada Isnin hingga Jumaat daripada 5.30 hingga 9.00 malam. Saya antara AJK pengurusan Kelab ini.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube