Latihan Kardiovaskular Dec25

Kongsi

Latihan Kardiovaskular

Apa itu latihan kardiovaskular? latihan kardiovaskular atau latihan aerobik, adalah jenis latihan untuk meningkatkan muscular endurance atau stamina dengan meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan oksigen kepada otot-otot yang memerlukan. Senaman kardiovaskular membantu mengawal berat badan dengan pembakaran kalori dan lemak jika dilakukan dengan cara yang betul. Untuk membakar lemak, sekurang-kurang badan kita memerlukan latihan kardiovaskular selama 24 minit.

Senaman kardiovaskular adalah salah satu elemen penting dalam komponen kesihatan. Seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali. Antara contoh senaman aerobik adalah berlari, berenang, tarian aerobik dan lain-lain.Kursus Kecergasan 2017

Untuk membakar lemak, kita perlu menyasarkan kadar denyutan jantung mencecah 60%-70% daripada denyutan jantung maximum. Sering kali kita lihat, mereka yang menyasarkan untuk membakar lemak tapi berlari bagai nak mati di taman2, termengah2, tercungap2. Adakah lemak terbakar dengan latihan begitu? :p. Antara cara mudah untuk mengetahui adakah kita di dalam denyutan jantung sasaran adalah dengan kaedah RPE, talk test. Sekiranya ketika berjoging, dia masih boleh bercakap lancar dan nafas tak tercungap2, dia masih di dalam zon bakar lemak, tapi bukan terlalu perlahan sehinggakan terlalu lancar dan tak rasa apa2.:D

Bagaimana hendak mengira kadar denyutan jantung? pertama, ketika bangun tidur, dapatkan kadar nadi, ambil untuk 1 minit. Ini dipanggil kadar nadi rehat atau kadar denyutan jantung rehat.

Contoh kiraan:

Untuk lelaki
(220 – umur – kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan

Untuk perempuan
(226 – umur – kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube