Mr Badang, Orang Kuat Malaysia Aug20

Kongsi

Mr Badang, Orang Kuat Malaysia

Saya mendapat khabar kemungkinan Badang Malaysia akan diadakan pada akhir tahun ini, bulan 12. Belum dapat pengesahan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan lagi. Badang Malaysia adalah pertandingan Orang Kuat (Strongest Man) dengan beberapa rutin. Tahun lepas 4 rutin diwajibkan iaitu berlari dengan dumbbell 100kg sejauh 60 meter, tarik pajero sejauh 30 meter, angkat tayar jentolak sejauh 30 meter dan angkat perodua viva.

Kursus Kecergasan 2017

Saya mendapat tempat ke 4 tahun lepas tanpa persediaan yang cukup. Main masuk je. Jika diizinkan saya akan masuk lagi tahun ini dan dijemput ramai-ramai sertai untuk memeriahkan acara. Berikut adalah latihan yang saya lakukan bulan ini;

Hari Pertama

Deadlift 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Dumbbell Row 6 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Kedua

Bench Press 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Shoulder Press 6 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Ketiga

Squat 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Leg Press 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Keempat

Biceps Curl 5 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Triceps Extension 5 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

3 Hari Rehat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube