Mr Malaysia 2011 Jul18

Kongsi

Mr Malaysia 2011

Semua dijemput ke Kejohanan Bina Badan Kebangsaan atau Mr Malaysia 2011 yang akan diadakan di Dewan Intan Jubli, Muar, Johor pada 22 hingga 24 Julai 2011.

Kursus Kecergasan 2017

Saya berharap kejohanan kali ini akan diadili dengan adil. Saya rasa ramai tahu kes-kes ketidakadilan Persekutuan Bina Badan Malaysia tahun lepas dimana keputusan kejohanan diubah, yang mana menyebabkan kemarahan ramai. Persekutuan Bina Badan Malaysia sepatutnya menjadi badan yang menarik minat orang ramai untuk bertanding, tetapi dengan kes-kes seumpamanya, mungkin menyebabkan ramai kurang berminat.

Tahun ini pula, ‘dengar cerita’ wakil yang akan mewakili Malaysia sudah dipilih sebelum pertandingan peringkat negeri lagi. Jadi apa gunanya pertandingan peringkat negeri dan negara lagi. Elok ditumpukan pada pertandingan yang menawarkan hadiah. ‘Dengar cerita’ juga, yang menjaga anti-doping tahun ini adalah seorang yang terkenal dengan penggunaan dan penjualan steroid. Betul ke? :)

Apa-apa pun, selamat bertanding pada atlet yang bertanding.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube