Persoalan Bunyi ‘Pop’ Aug15

Kongsi

Persoalan Bunyi ‘Pop’

Entri sebelum ini, saya dah bercerita tentang kebanyakan bunyi ‘pop’ yang dikategorikan sebagai crepitus yang disebabkan cavitation. Rujuk entri Bunyi ‘Pop’ Pada Sendi. Bagaimana pun ada juga kategori kecederaan. Entri kali ini lebih khusus untuk lutut.

Secara amnya, ada tiga jenis bunyi ‘pop’ di lutut.

1. Tak sakit
2. Sakit ketika bunyi ‘pop’ (semasa kecederaan berlaku)
3. Sakit yang datang kadang kala

Chapter-456-Sakit-lutut-bunyi-pop

Kategori tak sakit:

Ada dua penyebab umum. Pertamanya seperti dalam entri sebelum ini. Disebabkan gas. Secara teorinya, ia akan mengarah ke arthritis tapi belum ada kajian yang benar-benar buktikannya. Kedua disebabkan pergerakan ligamen atau tendon yang mana mungkin lari daripada tempatnya dan kembali semula, yang mana menghasilkan bunyi. Kedua-duanya tidak merbahaya kepada lutut.

Kategori Kecederaan:

Kecederaan ligamen yang paling biasa dan menghasilkan bunyi adalah kecederaan ACL dan MCL. ACL adalah singkatan untuk anterior cruciate ligament dan MCL medial collateral ligament. Secara umumnya, kecederaan ACL berlaku apabila tiba-tiba lutut berpusing atau badan berpusing tetapi lutut tidak bergerak. Satu lagi kes yang jarang berlaku, apabila kaki dibengkoknya jauh ke belakang. Kecederaan MCL juga boleh berlaku dengan cara sama atau apabila berlanggar sebagai contoh. Ada tenaga dari luar yang menghentam lutut. Kebiasaannya, selepas kecederaan kawasan lutut mula membengkak.Kursus Kecergasan 2017

Sakit yang Kerap:

Jika sakit lutut berulang-ulang, ada kemungkinan berlaku kecederaan meniscus atau cartilage. Ia juga boleh jadi disebabkan arthritis. Arthritis adalah keadaan di mana span atau cartilage di dalam lutut mula menipis. Boleh jadi juga disebabkan kecederaan chondromalacia patella. Ia disebabkan perlanggaran belakang kepala lutut dengan tulang peha. Ia juga boleh jadi disebabkan penggunaan lutut yang melampau. Biasanya dalam kes pelari marathon.

Jika anda berdepan dengan bunyi ‘pop’ tetapi tidak mendatangkan kesakitan, tidak perlu risau. Anda akan dapati bunyi itu berkurangan apabila anda menguatkan kaki anda. Jika ada mula rasa sakit, dapatkan rawatan lanjut.

Chapter-456-Anatomi-lutut

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube