Tip Besarkan Trap Apr26

Kongsi

Tip Besarkan Trap

Bagaimana membesarkan otot trap atau nama panjangnya trapezius? Apakah tip-tip membesarkannya? Mesti ramai suka trap tinggi. Trapezuis adalah otot besar di bahagian belakang badan.

Kursus Kecergasan 20171. Shrug

Shrug dah jadi senaman teras untuk trap. Shrug memberi tekanan pada trap tetapi jangan pusingkan sendi bahu anda ke depan ketika melakukannya. Pusing ke depan akan merosakkan rotator cuff apabila dibuat untuk satu jangka masa yang lama. Pelbagaikan variasi shrug, mungkin minggu ini menggunakan barbell di depan, ubah ke belakang, atau boleh menggunakan dumbbell dan masukkan juga shrug duduk. Lakukan shrug dengan mesin smith tidak digalakkan kerana anda akan limitkan pergerakan otot.

Shrug menggunakan mesin

2. Upright Row

Upright row tidak memberi tekanan seperti shrug, tetapi ia adalah pergerakan yang boleh menggerakkan trap ke pergerakan penuh. Jangan sesekali gerakkan EZ Bar atau barbell ke hadapan. Cukup sekadar naik ke atas dan turun.

3. Lakukan Chin-Up

Jika anda bersenam di gim, jika boleh panaskan badan dengan melakukkan chin-up. Chin-up bukan sahaja membantu melebarkan badan, tetapi juga dalam masa sama mengerjakan trap dan bahu. Chin-up sangat berkesan dalam mengerjakan serat inferior dan intermediate. Jika tidak mampu melakukan chin-up, lat pulldown adalah senaman yang hampir sama, cuma berbeza arah.

4. Power Clean

Lakukan senaman power clean. Power clean adalah pergerakan seperti dalam sukan angkat berat. Angkat bebanan daripada bawah ke atas, deadlift ke shoulder press.

Clean press posisi mula

5. Deadlift

Apa kaitan deadlift dengan trap? Kebanyakan otot di badan kita saling berkait. Jika anda memiliki trap yang kuat, deadlift anda juga akan kuat, begitu juga sebaliknya, jika anda mampu buat deadlift yang besar, trap boleh membesar. Begitu juga dengan side lateral raise yang melibatkan otot trapezius.

6. Berapa Kerap Latihan

Trap antara bahagian yang memerlukan anda latih dengan menggunakan bebanan tinggi. Latihan yang kerap mungkin akan menyukarkan pembentukan trap yang baik. Sama seperti bahagian yang lain, cukup sekadar latih sekali atau dua kali seminggu.

7. Terlalu Banyak Latihan

Terlalu banyak latihan, akan menyebabkan otot bahu kelihatan kecil. Pembentukan otot trapezius melampau juga boleh menyebabkan badan membongkok. Elakkan latihan berlebihan untuk satu bahagian. Tidak kira anda latih apa. Latih kesemuanya dengan seimbang.

8. Tahan

Tahan sekitar 1 hingga 3 saat ketika melakukan shrug atau upright row ketika posisi trap bergerak ke atas sebelum melepaskan ke bawah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube