10 Sebab Jangan ‘Crash Diet’

Apa jadi pada badan kita apabila kita buat ‘crash diet’? Apa itu crash diet atau diet mengejut? Ambil contoh seorang yang biasa makan 3000 sehari, tetiba buat keputusan untuk kurus. Mula makan 1000 kalori dengan harapan bangun pagi esok jadi super model.

Pengurangan yang baik cuma sekitar 10 hingga 30 peratus defesit. Jika lebih dari itu boleh dikatakan diet yang bahaya. Ada kalanya diet begini digunakan untuk golongan tertentu seperti obesiti morbid turunkan berat segara yang mana akan akibatkan mereka ada lebihan kulit yang teruk. Biasanya dibuang dengan pembedahan. Dapatkan nasihat pakar jika perlu.

Apa kesannya?

  • Ia boleh turunkan kadar metabolik

Kadar metabolisme yang tinggi diperlukan untuk turunkan berat. Kadar kehilangan otot sangat tinggi daripada kaedah diet biasa.

  • Sistem imunisasi merosot

Dengan diet sebegini, secara tak langsung mengurangkan vitamin dan mineral. Anda lebih kerap jatuh sakit. Jika anda potong lemak daripada diet, penyerapan vitamin A, D, E, dan K mula bermasalah.

  • Badan menghasilkan ketone

Diet rendah karbohidrat memaksa badan pecahkan asid lemak ke ketone. Ketone yang tinggi boleh menyebabkan masalah hati, buah pinggang, nafas busuk, mual dan sebagainya.

Kursus Kecergasan 2021
  • Dehidrasi

Secara tak langsung anda akan hilang air. Glikogen diikat dengan air. Bila glikogen berkurang, air berkurang. Bila mula makan kembali, badan akan kembali menyimpan glikogen dan air, sekaligus menyebabkan berat naik.

  • Masalah jantung

Diet mengejut mungkin bawa kesan positif seperti turunkan tekanan darah, kolestrol dan gula dalam darah. Akan tetapi ia juga mungkin bawa masalah pada jantung dengan peningkatan lemak jantung.

  • Rambut dan kulit rosak

Anda limitkan jumlah vitamin dan mineral ke kulit dan rambut. Sebab itu, diet saja nampak tua. Kulit mula kering dan berjerawat.

  • Masalah penghadaman

Selama ini mungkin tiada masalah dengan pembuangan. Cuba tengok tahi yang terhasil. Adakah ianya keras atau terlalu cair?

  • Kurang bertenaga

Bagaimana nak hasilkan tenaga cukup untuk aktiviti harian jika anda makan seciput, makan nasi 1 sudu dan sebagainya tanpa mengambil kira keperluan badan anda.

  • Tekanan

Anda mula tekanan. Diet begini merembeskan corticosterone dan akhirnya meningkatkan tekanan. Mudah marah tapi tak bertenaga nak lepaskan. Anda boleh kemurungan, kurang konsentrasi dan berdepan masalah tidur.

  • Gallstone

Penurunan cepat meningkatkan risiko penghasilan batu dalam hempedu. Sekitar 25 peratus mereka yang buat diet 800 kalori ke bawah membentuk masalah batu di hempedu.

Dalam satu kajian oleh VLCD, 40 peratus peserta yang ambil bahagian diet mengejut tambah kembali berat badan lebih banyak daripada sebelum itu. Apabila badan secara mengejut mengurangkan kalori, badan akan msuk ke mood kelaparan. Sistem badan akan mula turunkan metabolisme sebagai langkah keselamatan.

Rujukan

  1. https://www.obesityaction.org/resources/the-risks-of-the-crash-diet/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6366252/
  3. https://www.healthline.com/health-news/crash-dieters-not-more-likely-to-regain-weight-101714

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: