Diet Suku-suku Separuh

Apa itu diet suku-suku separuh?

Ia adalah satu konsep inisiatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bantu rkyat amalkan pemakanan lebih sihat. Panduan Pinggan Sihat Malaysia (2016) diterjemahkan saranan daripada Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan.

  • Suku – Karbohirat

Kumpulan pembekal tenaga utama kita. Biasanya nasi, mee, bijirin penuh dan sebagainya.

  • Suku – Protein

Protein diperlukan badan untuk baik pulih tisu-tisu badn. Boleh datang daripada sumber haiwan dan juga tumbuhan.

  • Separuh – Sayur & Buah

Sayur dan buah kaya dengan serat, mineral dan macam-macam khasiat untuk badan kita.

Kursus Kecergasan 2021

Apa kelemahan dan kebaikan konsep diet ini?

Ia merupakan panduan asas pemakanan daripada porsi. Ia tidak mengambil kira kalori dalam makanan dan bilangan sajian diperlukan untuk setiap individu. Saiz hidangan setiap orang berbeza mengikut keperluannya, saiz badan, aktiviti, umur dan sebagainya. Janganlah badan seperti gajah tapi makan seperti kancil.

Suka tak suka, anda masih kena kira kalori makanan yang anda ambil, bukan semata ambil 3 kali suku suku separuh dalam sehari. Ada orang mungkin perlu 3 kali, ada 4 kali dan sebagainya. Konsep sebegini bagus kerana bantu kita kawal porsi makanan. Jadi takdelah makan penuh karbohidrat sahaja.

Bolehkah ia digunakan untuk turunkan berat badan?

Boleh. Bukan hanya turunkn berat, anda juga boleh gunakan untuk tambah berat. Fahami konsep asas kalori. Nak kecilkan badan, defisit kalori, nak besarkan, lebihkan kalori.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: