6th WBPF Championship 2014 di Mumbai, India
Sazali Samad menang 10 kali kejuaraan dunia.
Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila meraih gelaran Mr Universe buat kali ke-10 pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Mumbai, India, minggu lepas.
Sazali memenangi kategori berat badan 75 kilogram. Beliau sebelum ini memegang kejuaraan pada tahun 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Atlet berusia 47 tahun ini membuktikan, usia bukan penghalang untuknya merebut gelaran dunia.
Selain Sazali Samad, atlet wanita negara, Lilian Tan juga menjuari kategori 55kg. Kejayaan itu kali kedua Lilian kerana pernah memenanginya sebelum ini. Namun dikhabarkan selepas ini tiada lagi acara wanita dipertandingkan di peringkat WBPF.
Atlet lain, Mike Mahen mendapat tempat ke tiga kategori Athletic Physique Men 170cm dan Buda Anchah tempat ke dua dan Azahar Mahamad tempat ke lima kategori Master bawah 80 kg. Tahniah diucapkan kepada semua atlet bertanding mengharumkan nama negera.




Sumber Gambar
Malaysia Muscle




