Sejarah Gim
Sejarah tertubuhnya gimnasium bermula lebih 3000 tahun dahulu di Persia. Ia dikenali sebagai Zurkhaneh. Mungkin ada lebih lama yang tiada dalam laporan. Ia mula dikenali pada zaman purba Greece. Perkataan gimnasium datang daripada perkataan Greek, gymnos yang bermaksud bogel. Gim ketika itu adalah tempat di mana atlet berlatih untuk sukan seperti Olympic.
Kemudian gim hilang untuk beberapa ratus tahun. Bermula abad ke 19, sekolah dan kolej mula bina gim. 1939, gim tinju pertama wujud, Cus D’Amanto’s Gramercy Gym.
Sekitar 1960 hingga 1970, rangkaian gim mula diwujudkan. Pada tahun 1965, Joe Gold menubuhkan Gold Gym di Venice, California yang menjadi tanda kebanggaan bina badan. Gim mula terkenal bermula tahun 1980. Banyak gim besar mula ditubuhkan pada era ini.
Pada tahun 2008, kempen kecergasan di China sempena Summer Olympic perkenalkan gim luar yang memasukkan elemen larian dan halangan di luar. Konsep ini mula merebak dan popular sehingga kini.





