Cuba Hollow-Hold

Apakah senaman perut yang terbaik?

Tiada istilah terbaik. Cuma kalau tanya saya, saya akan cadang anda buat hollow-body hold. Senaman ini biasa dibuat oleh gymnast, dipanggil posisi lumbopelvic dalam acara mereka. Senaman ini baik untuk bentuk kekuatan abdominal posterior pelvic tilt.

1. Baring dengan keadaan tangan dan kaki di atas. Pastikan bahagian lumbar di bahagian pinggang betul-betul rapat dengan lantai. Crunch bahagian atas torso.
2. Turunkan sedikit tangan dan kaki sambil kekalkan posisi lumbopelvic.
3. Tahan dalam posisi ini sekitar 30 saat.
4. Buat 2-3 set dalam seminggu.
5. Anda boleh pegang bebanan sebagai rintangan anda. Mula kosong jika tidak mampu.

Senaman ini bukan untuk kempiskan perut, tetapi kuatkannya.

 

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: