Sering Terbangun Lewat Malam
Ada banyak faktor menyebabkan seseorang terbangun malam. Adakah anda salah seorang yang tak tidur nyenyak? atau mungkin apabila mula bersenam anda kerap bangun malam untuk kencing, lagi hebat ada yang terus kencing atas katil. Mungkin ada juga yang terbangun tapi disedari dan terus tidur kembali. Kenapa bangun malam?
1. Tekanan. Mungkin anda ada apa-apa masalah dalam kehidupan, masalah keluarga, masalah kerja, masalah kewangan dan sebagainya. Badan akan mengaktifkan saraf simpatik yang buat seseorang terjaga lewat malam. Dalam masa sama mungkin tekanan darah dan degupan jantung meningkat.
2. Insomnia. Ia juga merupakan tanda-tanda insomnia. Biasanya kes sebegini sukar tidur kembali. Mereka yang berusia lebih cenderung berdepan masalah ini. Boleh baca lebih lanjut di entri insomnia.
3. Penuaan. Anda dah tua. Nasib saya muda lagi. Penuaan akan mengganggu fasa tidur. Kualiti tidur seseorang akan menurun dengan usia. Sukar untuk dia masuk ke mode deep sleep. Mereka lebih sensitif dengan faktor luaran seperti cahaya, suara dan sebagainya.
4. Pengambilan ubat. Ada sesetengah ubat seperti anti depresan, beta blocker, kortikosteroid dan sebagainya menggangu tidur kita. Ada juga makanan tambahan yang ada bahan seperti kafein menggangu tidur. Jika ubat untuk ganggu tidur, anda boleh bincang dengan doktor anda untuk alternatif lain.
5. Masalah perubatan. Ada beberapa penyakit yang berpotensi mengganggu tidur seperti sleep apnea, gerd, arthritis, restless leg syndrome, depresi, neuropati, pembesaran prostat dan sebagai.
6. Gaya hidup tak sihat. Mungkin anda ada habit tidak elok seperti melihat komputer atau telefon bimbit sebelum tidur, merokok, tidur siang terlalu lama, kehidupan tak aktif, tidur di tempat yang tidak selesa dan sebagainya. Buat perubahan jika anda ingin dapatkan tidur berkualiti.

7. Kencing malam. Ada banyak sebab sebenarnya. Mungkin minum air terlalu banyak di waktu malam. Minum alkohol atau kafein. Kencing malam mungkin juga disebabkan masalah kesihatan seperti jangkitan pada pundi kencing, pembesaran kelenjar prostat, mengandung, masalah buah pinggang, diabetes, masalah jantung, kandungan kalsium dalam darah tinggi dan sebagainya. Logiknya apabila baru mulakan aktiviti senaman, anda mungkin akan kencing malam. Ia disebabkan pembakaran glikogen yang berlaku semasa rehat. Anda kena cari jalan untuk elakkan tidur terganggu. Mungkin anda boleh buat perubahan jadual latihan dan diet. Saya akan cerita tentang nocturia dalam entri lain nanti.
Jika masalah anda kritikal, dapatkan bantuan perubatan. Jangan buat solusi sendiri seperti pengambilan ubat tidur.
Rujukan
1. https://www.webmd.com/urinary-incontinence-oab/nocturia-pee-night




