Turun Berat Tapi Muka Bulat

Proses menguruskan badan sama sahaja. Defisit kalori, anda akan turunkan berat. Akan tetapi perasan tak, ada yang mula turun di perut, tapi muka kekal bulat. Ada juga yang turun di muka dahulu, boleh selfie muka kata dah kurus. Dan akhirnya apabila anda teruskan proses tersebut ia akan turun juga untuk keseluruhan badan. Siap ada yang tanya, macam mana nak kecilkan muka?

Kenapa seseorang kurus muka dahulu?

Salah satu faktor sebenarnya kenapa seseorang dapat kecilkan muka adalah faktor usia. Apabila seseorang meningkat usia, lemak di muka berkurang dan kita kurang penghasilan kolagen. Kolagen adalah protein perlu yang di hasilkan badan yang beri struktur serta kuatkan tulang. Jangan bandingkan diri anda dengan seorang yang lebih berusia dalam proses penurunan berat badan.

Faktor kedua adalah diet. Siapa yang turun secara mendadak akan menyebabkan mukanya pun turun mendadak dan beri rupa lebih tua daripada sepatutnya. Diet yang silap akan beri masalah pada penghasilan kolagen yang mana seterusnya beri rupa tua dan kurus. Diet tak sihat tingkatkan glycation end products (AGEs), menyebabkan gula berkumpul dalam salur darah bercampur protein dan lemak. AGEs kekal di tisu dan mengganggu kolagen dan elastin.

Faktor ke tiga yang mungkin, anda terlalu banyak bersenam dalam cuaca panas. Terdedah pada sinar UV. Pendedahan kepada sinar UV boleh menyebabkan kita cepat berkedut, mempercepat pemecahan kolagen dan elastin. Jadi, joging dalam cuaca panas mempercepatkan anda mengecilkan muka tapi mengurangkan dua komponen tersebut.

Faktor ke empat. Anda terlalu banyak buat senaman kardio. Senaman kardio adalah senaman yang baik untuk bakar lemak. Akan tetapi terlalu banyak tidak elok untuk badan. Proses penggunaan tenaga bermula daripada daripada tisu adipose di tempat yang paling banyak iaitu perut untuk lelaki, perut dan pinggul untuk perempuan.

Kursus Kecergasan 2021

Ada juga faktor-faktor lain termasuk tekanan, masalah perubatan seperti penyakit lupus, thyroid, rheumatoid arthritis dan sebagainya boleh rosakkan lemak di muka. Jika ada apa-apa penurunan yang mencurigakan, jumpa doktor untuk pengesahan.

Mana satu penurunan sihat?

Penurunan sepatutnya bermula daripada tempat yang paling tinggi lemak. Jika anda masih muda dan turun muka dahulu, tengok di mana salah silapnya. Takut diet terlalu ekstrim dan sebagainya. Walaupun turun bahagian lain, tapi lama kelamaan muka juga akan ikut turun. Penurunan lemak di dagu sepatutnya berlaku awal. Jika lemak di dagu masih berkumpul pun mungkin masalah diet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: