Diet Ketogenik LCHF Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung

Setelah memahami tentang kolesterol,  menjadi persoalan:

Adakah diet tinggi lemak selamat?

PEMBUNUH dalam senyap.

Obesiti dan sakit jantung

Definisi umum obesiti

Obesiti adalah lebihan lemak dalam badan.

Tisu Lemak

Tisu lemak terdapat dalam 2 jenis iaitu tisu lemak putih dan tisu lemak  perang. Obesiti dikaitkan sistem metabolik dan  dianggap sebagai keradangan disebabkan peningkatan tisu lemak dan penurunan paras adiponektin, yang menghadkan keupayaannya untuk menghalang proses keradangan dan mengekalkan proses keradangan. Peningkatan tisu lemak juga meningkatkan aterosklerosis, seterusnya berkait dengan kerintangan insulin dan obesiti sendiri sangat berisiko untuk penyakit kardiovaskular.

LCHF dan Kolesterol

Kajian terdahulu ada melaporkan kesan yang baik oleh diet ketogenik jangka pendek dan jangka panjang untuk mengurangkan berat badan dan dapat mengurangkan tahap trigliserida dan glukosa darah serta meningkatkan HDL.

Kajian Kes 1

Seorang wanita berusia 56 tahun dengan  BMI 28 kg/m2, mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan fibromialgia datang ke klinik kerana kelesuan. Dia telah melaporkan bahawa dia telah mengikuti diet ketogenik ketat bersama dengan latihan senaman setiap hari selama sekitar 30-40 hari sebelum ke klinik. Dietnya terdiri dari sayuran rendah karbohidrat, makanan laut, alpukat, telur, dan minyak kelapa.  Penurunan berat sekitar enam hingga tujuh lbs sejak mulai menjalani diet ketogenik.

Ujian profil lipid darah puasa menunjukkan:

  • TC :  283 mg/dl,
  • LDL:  199 mg/dl,
  • HDL : 59 mg/dl,
  • TG : 124 mg/dl.

Pesakit dinasihatkan untuk menghentikan diet ketogenik dan mengamalkan diet seimbang yang mengandung jumlah karbohidrat yang lebih tinggi dan lemak yang lebih rendah. Ia juga diberi  rosuvastatin 10 mg. Rawatan susulan dia melaporkan tidak secara konsisten mengambil rosuvastatin. Profil lipidnya, setelah empat minggu menghentikan diet ketogenik dan penggunaan statin yang tidak konsisten, menunjukkan bacaan semakin baik yang signifikan dengan:

  • TC: 190 mg/dl
  • LDL-C : 106 mg/dl.

Rawatan statin dihentikan dan pesakit dapat mengekalkan kadar LDL pada kadar normal pada ujian-ujian selepas itu.

Infographic showing heart-healthy, at-risk and dangerous cholesterol levels.

Kajian Kes 2

Kajian dilakukan kepada 24 orang peserta Diet ketogenik LCHF (4% karbohidrat: 77% lemak: 19% protein), hasil kajian menunjukan peningkatan paras LDL pada setiap peserta wanita tersebut. Di samping itu, Apolipoprotein B-100 (ApoB), V-LDL juga meningkat. Data menunjukkan bahawa diet wanita yang sihat, muda, berat badan normal mengamalkan diet ketogenik LCHF boleh merosakkan profil lipid darah. Kolesterol LDL yang tinggi harus membimbangkan pada wanita muda, sihat, berat badan normal yang mengikuti diet LCHF jenis ini.

Ini menunjukkan bahawa diet keto dapat memberi kesan pada profil lipid darah, termasuk kadar kolesterol HDL dan LDL. Beberapa kajian lain juga menunjukkan bahawa diet keto meningkatkan kadar LDL. Peningkatan LDL ini sering terjadi pada tahap awal diet keto dan mungkin semakin menurun berkadar dengan waktu.

LCHF dan sakit jantung

Ketika American College of Cardiology’s Annual Scientific Session Together With the World Congress of Cardiology, Dr. Iulia Iatan membentangkan hasil kajiannya. Dalam kajian ini, Iulia Iatan, MD, PhD, dan rakan-rakannya menganalisis data dari UK Biobank dan mengidentifikasi 305 peserta yang mengikuti diet  LCHF berdasarkan soal selidik.  Diet LCHF ini didefinisikan sebagai pengambilan karbohidrat tidak lebih dari 25% dan lemak lebih dari 45% dari jumlah kalori.

Dr. Iulia Iatan, Hospital St. Paul dan Pusat Inovasi Paru-paru Jantung Universiti British Columbia di Vancouver, Kanada, berkata dalam satu kenyataan berita.

Hasil kajian selama 11.8 tahun dan selepas penyesuaian beberapa faktor risiko lain untuk penyakit jantung, seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan merokok, mereka yang menjalankan diet LCHF mempunyai risiko lebih daripada dua kali lebih tinggi untuk mengalami beberapa kejadian kardiovaskular seperti penyumbatan dalam arteri yang perlu dibuka dengan prosedur stent, serangan jantung, strok dan penyakit arteri periferal. Secara keseluruhannya, 9.8% peserta yang menjalani diet LCHF mengalami kejadian jantung baharu, berbanding 4.3% daripada mereka yang menjalani diet seimbang.

KESIMPULAN

Perubahan Kadar Kolesterol

Perubahan kadar kolesterol HDL dan LDL adalah  berbeza antara individu. Beberapa orang mungkin mengalami peningkatan HDL tanpa peningkatan LDL yang signifikan, sementara yang lain mungkin mengalami peningkatan kolesterol LDL yang lebih tinggi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi adalah :

  • Genetik
  • Jenis makanan yang diambil
  • Komposisi makronutrisi, kandungan protein tinggi berbanding lemak tinggi, yang mungkin menyumbang beberapa perbezaan antara kajian.
  • Keadaan kesihatan individu
  • Kadar keaktifan invididu

Anda dinasihatkan untuk dapatkan pemeriksaan darah sebelum memulakan sebarang diet dan sekiranya anda mempunyai masalah kadar LDL tinggi dan anda bercadang untuk buat diet keto sangat disarankan untuk dapatkan konsultasi dengan doktor atau dietitian yang dapat memberikan nasihat pemakanan yang tepat berdasarkan keadaaan kesihatan  anda. Ujian  darah secara berkala juga penting untuk memantau perubahan profil lipid sepanjang diet.

SINGKATAN

LCHF – low-carb, high-fat

TC – Total cholesterol

HDL – high-density lipoprotein

LDL – low-density lipoprotein

VLDL – very low-density lipoprotein

TG – Triglycerides

RUJUKAN

  1. Cardiovascular risk and obesity,PMID: 31467596
  2. Significant Impact of the Ketogenic Diet on Low-Density Lipoprotein Cholesterol Levels, PMID: 32864246
  3. A Ketogenic Low-Carbohydrate High-Fat Diet Increases LDL Cholesterol in Healthy, Young, Normal-Weight Women: A Randomized Controlled Feeding Trial, PMID: 33801247
  4. Low-Carbohydrate High-Fat “Keto-Like” Diet Associated With Increased Risk of CVD
  5. CNN : ‘Keto-like’ diet may be associated with a higher risk of heart disease, according to new research
Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: