Diet Keto – Popular untuk Turunkan Berat Badan

Diet keto, antara diet popular untuk turunkan berat badan. Apakah sebenarnya diet keto? Ia adalah diet rendah karbohidrat seperti diet atkin. Ideanya adalah mendapatkan kalori daripada protein dan lemak.

Bagaimana ia berkerja

Apabila anda makan kurang daripada 50 gram karbohidrat sehari, badan akan kekurangan sumber tenaga dengan cepat. Biasanya dalam jangka masa 3 hingga 4 hari, badan akan mula gunakan protein dan lemak sebagai tenaga, dan seterusnya bantu menurunkan berat badan. Proses ini dipanggil ketosis.

Siapa yang patut buat diet keto

Biasanya ia digunakan untuk turunkan berat badan. Tapi sebenarnya ia bantu beberapa kondisi seperti epilepsi, masalah jantung, sebahagian masalah otak dan sebagainya. Masih memerlukan kajian lanjut untuk mengenal pasti kebaikan diet keto. Jika anda ada masalah diabetes jenis 1, anda tak digalakkan buat diet jenis ini. Bahan buangan daripada diet keto adalah apa yang kita panggil ketone, ia boleh menyebabkan kondisi pesakit diabetes semakin teruk.

 

Kursus Kecergasan 2021

Apa kesan sampingannya

Biasanya kesan sampingan termasuk sembelit, masalah penghadaman, pembentukan batu karang dan kandungan asid tinggi (asidosis). Anda juga mungkin kena deman keto, sakit kepala, rasa lemah, nafas berbau dan keletihan melampau. Diet keto juga dikaitkan dengan peningkatan kolestrol tak baik, LDL dalam badan. Anda juga mungkin berdepan masalah kekurangan nutrisi, termasuk selenium, magnesium, phosphorus, vitamin B dan C. Apabila terlalu banyak penggunaan lemak, ia mungkin juga bawa masalah pada organ hati.

Keto bersih vs Keto kotor

Secara amnya keto terbahagi kepada 2 iaitu keto bersih dan kotor. Keto bersih tumpu pada makanan tinggi nutrisi manakala kotor ini makan apa saja dalam kategori lemak dan protein. Keto bersih sasar tak lebih 50 gram karbohidrat sehari, 15 hingga 20 peratus protein dan 75 peratus lemak dalam kalori harian.

Keto kotor masih rendah karbohidrat, tinggi lemak dan protein tapi kurang pengawalan dalam makanan proses. Ia juga dipanggil keto malas. Ia popular di kalangan mereka yang malas menyediakan makanan sendiri. Mereka mungkin makan daging burger dan sebagainya. Biasanya juga makanan mereka tinggi sodium. Keto kotor biasanya sukar sedikit masuk dalam kondisi ketosis.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: