Masalah Perut Buncit dan Komposisi Lemak Badan
Masalah perut buncit tidak hanya pada orang yang berat badan berlebihan dan obes tetapi ia juga boleh terjadi pada yang BMI badan 20. Benar, secara amnya orang yang mempunyai berat badan yang tinggi biasanya mempunyai jumlah lemak badan yang lebih tinggi, tetapi nombor yang ditunjukkan pada penimbang adalah termasuk air dalam badan, lemak dan/atau tisu tanpa lemak dan perubahan dalam berat badan boleh jadi perubahan semua ini, bukan hanya lemak. Kita perlu fahami tentang berat badan, BMI, komposisi lemak dan taburan lemak.
Definisi perut buncit
Sumber gambar : Abdominal obesity
BMI amat berguna dalam memantau rawatan obesiti, dengan perubahan berat badan kira-kira 3.5 kg diperlukan untuk menghasilkan perubahan unit dalam BMI.
Pengkelasan BMI

Sumber : WHO
Kenali lemak
Tisu lemak
Lemak adalah salah satu komponen penting dalam tubuh manusia yang memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh dan tenaga. Lemak, juga dikenali sebagai lipid, merupakan salah satu jenis makromolekul yang terdapat dalam tubuh manusia. Struktur lemak terdiri daripada asid lemak yang bergabung dengan rantaian gliserol. Lemak berfungsi sebagai penyedia tenaga utama, melindungi organ dalam, mengatur suhu tubuh, serta memainkan peranan penting dalam penyerapan vitamin larut lemak. Komposisi lemak secara normal ia mengambil 20% daripada jumlah berat badan dalam manusia yang sihat.
Jenis Sel lemak
Adiposit merupakan jenis sel khusus dalam tubuh manusia yang bertanggungjawab untuk menyimpan lemak dalam bentuk triasilgliserol.
Terdapat 3 jenis sel lemak
1- Sel lemak putih
Sel lemak putih adalah jenis yang paling umum dan dikenali sebagai sel lemak penyimpan. Tenaga yang diperoleh daripada makanan disimpan oleh tisu lemak putih dalam bentuk triasilgliserol. Fungsi tisu lemak putih adalah untuk bertindak sebagai simpanan molekul tenaga tinggi (asid lemak) dan membekalkannya sebagai bahan api apabila diperlukan. Ketika tubuh memerlukan tenaga, adiposit putih akan melepaskan lemak bebas melalui proses lipolisis. Ia juga menghasilkan hormon adipokine memainkan peranan penting dalam pengawalan metabolisme lipid dan glukosa. Peredaran simpanan lemak dan penyimpanannya juga dikawal oleh tisu lemak putih dan pelbagai hormon lain. Tisu ini juga menghasilkan hormon- leptin yang sangat penting yang mengawal tingkah laku pengambilan makanan
2- Sel lemak perang
Sel lemak perang ini jenis yang lebih jarang, Sel lemak perang menggunakan molekul tenaga tinggi yang sama untuk menghasilkan haba dalam termogenesis untuk mengekalkan suhu badan. Ia mengandungi banyak mitokondria yang kaya dengan pigmen berwarna coklat yang dikenali sebagai sitokrom. Sel lemak coklat bertanggungjawab untuk menghasilkan haba melalui proses yang dikenali sebagai termogenesis. Termogenesis tisu lemak perang membakar lemak untuk menghasilkan haba, yang kemudian membantu mengatur suhu badan. Sel lemak perang banyak terdapat pada bayi dan anak-anak, tetapi beberapa penelitian menunjukkan bahawa sel lemak perang masih wujud dalam jumlah kecil dalam tubuh orang dewasa.
3- Sel lemak beige
Adalah jenis sel lemak yang memiliki sifat unik yang berada di antara dua jenis sel lemak utama, tisu lemak putih dan tisu lemak perang. Tisu lemak beige memiliki kemampuan untuk melakukan proses yang disebut ‘browning,’ yang mengubah mereka dari sel lemak beige menjadi sifat seperti sel lemak perang. Proses browning mengubah sel-sel lemak beige menjadi lebih efisien dalam menghasilkan panas daripada menyimpan lemak.
(Proses Browning: Adiposit beige dapat mengalami proses browning, yang terutama terjadi sebagai respons terhadap stimulus tertentu seperti suhu dingin atau hormon tertentu seperti irisin. Selama proses browning, sel lemak beige mengalami perubahan morfologis dan molekuler sehingga mereka mulai menyerupai adiposit coklat dalam hal kemampuan untuk menghasilkan panas melalui termogenesis.)
Taburan tisu lemak
Perut buncit lebih ketara pada lelaki kerana pengagihannya ke bahagian-bahagian badan yang berlainan walaupun wanita mempunyai peratusan lemak badan yang lebih tinggi daripada lelaki. Apabila BMI meningkat pada kedua-dua jantina, peratusan lemak badan kekal lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki.

Pada tahun 1956, pakar perubatan Perancis, Jean Vague, menyatakan tanggapan bahawa ‘berbentuk epal’ (atau android) badan dikaitkan dengan lebih besar risiko kesihatan berkaitan obesiti daripada ‘berbentuk buah pir’ (atau gynoid) kerana ia berkaitan dengan lokasi serta jumlah tisu lemak pada badan sama ada lemak subkutaneous atau viseral.

Jenis tisu lemak

1- Tisu lemak subkutaneus
Lebih banyak terdapat pada wanita terletak di seluruh lapisan dalam hingga ke kulit (hipodermis).

2 – Tisu lemak viseral
Lemak epikardium dan lemak visceral abdomen masing-masing mengelilingi miokardia dan organ gastrousus, dan kedua-duanya dianggap sebagai lemak visceral.
Jadi bagaimana anda tahu yang mana satu anda ada? Biasanya jika anda mempunyai perut “bergoyang”, di mana anda boleh memerah dan mengambil lemak perut anda, ini bermakna anda mempunyai lebih banyak lemak subkutan. Jika perut anda besar tetapi keras, biasanya ini bermakna anda mempunyai lebih banyak lemak visceral
KESIMPULAN

SINGKATAN
BMI : Body Mass Index
NCD : Noncommunicable Diseases
CVD : Cardiovascular Diseases
NAFLD : Non-alcoholic fatty liver disease
RUJUKAN
- Abdominal Obesity, Adipokines and Non-communicable Diseases, PMID: 32818561
-
Subcutaneous adipose tissue & visceral adipose tissue, PMID: 31417024
- Fat Depots, Free Fatty Acids, and Dyslipidemia, PMID: 23434905
- Why Do Men Accumulate Abdominal Visceral Fat?.: 31866877
- Sex differences in human adipose tissues – the biology of pear shape, PMID: 22651247
- Encyclopedia of Human Nutrition (Second Edition) OBESITY | Fat Distribution
- World Health Organization . World Health Organization Western Pacific Regional Office; Geneva: 2000. The Asia-Pacific perspective: redefining obesity and its treatment



