Latihan Beban Menyebabkan Wanita Jadi Sado?

Sebagai seorang dokter perubatan dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT) ramai wanita sering bertanya dan sangat takut apabila saya sertakan program weight lifting atau latihan beban dalam pelan kecergasan mereka. “Dokter saya tak nak jadi sado macam lelaki lah” adalah salah satu kenyataan yang saya sering dengar dari klien saya. Artikel kali ini akan menjelaskan kebenaran mengenai latihan beban dan kesannya terhadap kesihatan wanita.

Tahukan anda, membina otot adalah proses yang panjang dan perlahan yang memerlukan konsistensi, dedikasi dan usaha selama bertahun-tahun. Pada kaum hawa ia adalah berita baik bagi mereka yang takut jadi sado kerana wanita yang melakukan latihan beban secara natural ( tanpa menggunakan Performance-enhancing substance atau PEDs) tidak akan menjadi sado. (1)
Kursus Kecergasan 2025

Faktor utama yang wanita tidak akan sado adalah wanita tidak menghasilkan testosteron sebanyak lelaki. Pengeluaran testosteron adalah faktor besar dalam kapasiti anda untuk pertumbuhan otot, jadi ini secara automatik akan memberitahu anda bahawa anda tidak akan bertukar menjadi Mr Olimpia Arnold Schwarzenegger dalam sekelip mata.(1)

Sesetengah wanita mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi daripada wanita lain, namun mereka yang mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi mungkin tidak mempunyai tahap yang cukup untuk menghasilkan otot yang besar jika mereka tidak mengambil PEDs. (2)

Wanita tidak akan membesar apabila mereka mula mengangkat berat malahan mereka akan mula kehilangan lemak badan dan mendapatkan penampilan “tona” yang ramai orang idamkan. Di luar estetika, wanita yang mengangkat berat akan mengalami pelbagai manfaat kesihatan daripada latihan beban seperti : – (3)

  • Meningkatkan ketumpatan tulang anda dan membantu mencegah osteoporosis, penyakit tulang degeneratif yang biasa berlaku pada wanita yang telah mengalami
  • Memperbaiki komposisi badan anda (meningkatkan jisim tanpa lemak dan mengurangkan jisim lemak).
  • Kurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
  • Memberi impak yang positif terhadap kesihatan mental.
  • Meningkatkan fleksibiliti dan mobility.

Kesimpulannya, latihan beban atau weight lifting bukan hanya untuk lelaki. Ia adalah mitos bahawa mengangkat beban yang berat akan menjadikan wanita sado, berotot, gemuk atau menyebabkan mereka berisiko mengalami kecederaan. Wanita boleh cemerlang dalam latihan angkat beban dan mempunyai manfaat fizikal dan mental yang optimal daripada latihan beban, termasuk badan yang lebih kurus, lebih berotot serta harga diri yang lebih baik.

  1. Weiss LW, Cureton KJ, Thompson FNJEjoap, physiology o. Comparison of serum testosterone and androstenedione responses to weight lifting in men and women. 1983;50:413-9.
  2. Matich AJJCsmr. Performance-enhancing drugs and supplements in women and girls. 2007;6(6):387-91.
  3. Depcik E, Williams LJJoasp. Weight training and body satisfaction of body-image-disturbed college women. 2004;16(3):287-99.

 

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: