Adakan Ketum itu Ubat atau Racun untuk Tubuh Manusia?

Ketum atau lebih dikenali sebagai kratom di negara barat (Mitragyna speciosa Korth., Rubiaceae) diperbuat daripada daun pokok tropika dalam keluarga kopi asli Asia Tenggara, di mana ia telah digunakan selama berabad-abad sebagai ubat untuk pelbagai penyakit, termasuk darah tinggi, cirit-birit, batuk, dan demam. Artikel kali ini berfokus pada kesan ketum pada kesihatan tubuh manusia.Tahukan anda ketum digunakan sejak abad ke-19 untuk mengunyah, merokok, dan diminum sebagai teh. Kratom juga mempunyai sifat opioid dan beberapa kesan seperti perangsang. Sebelum pembaca terfikir untuk mengambil ketum saya ingin menegaskan yang artikel ini adalah berfokus dan mempunyai objektif dalam memberi informasi terkini yang berasaskan kajian dan artikel ini atau kami dari pihak Strength Sifoo tidak mengalakkan mana-mana pihak untuk membeli atau mengedar ketum atau produk berasaskan daun ketum. 

Walaupun orang yang mengambil ketum percaya pada nilainya, penyelidik yang telah mengkaji ketum berpendapat bahawa ketum berbahaya dan mempunyai banyak kesan sampingan. Pusat kawalan racun di Amerika Syarikat menerima kira-kira 1,800 laporan melibatkan penggunaan ketum dari 2011 hingga 2017, termasuk laporan kematian.(1, 2)

Ketum mempunyai beberapa kesan sampingan seperti, pengurangan berat badan, menyebabkan mulut kering, menyebabkan loya atau muntah, memyebabkan perubahan dalam air kencing dan sembelit. Efek kronik ketum adalah kerosakan hati. (2, 3)

Bukan itu sahaja, malahan ketum juga mempengaruhi sistem saraf manusia dan memyebabkan gejala-gejala seperti pening, halusinasi, kemurungan, khayalan, ganguan saluran pernafasan, sawan, koma dan kematian. (2, 3)
Kursus Kecergasan 2025

Pada suatu waktu, beberapa penyelidik percaya bahawa ketum mungkin merupakan alternatif yang selamat untuk opioid dan ubat tahan sakit. Namun, kajian terbaru tentang kesan ketum melaporkan effek ketum yang lebih mudarat pada kesihatan dan tiada faedah yang jelas.(2)

Dalam kajian yang menguji ketum sebagai rawatan untuk gejala withdrawal opioid, individu yang mengambil ketum selama lebih daripada enam bulan melaporkan gejala yang serupa dengan individu selepas penggunaan opioid. Individu yang menggunakan ketum mungkin mula mengidamnya dan memerlukan rawatan yang diberikan untuk ketagihan opioid, seperti naloxone (Narcan) dan buprenorphine (Buprenex).(4)

Pada Jun tahun ini pengedar air ketum dari Kangar berdepan dengan hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga lima tahun berikutan pindaan undang-undang di bawah Akta Racun Seksyen 30 (3)1952 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Kesimpulannya, jika anda membaca artikel atau berita kesihatan atau anda mungkin pernah mendengar tentang kratom, berfungi sebagai penggalak tenaga, penambah mood, penahan sakit dan penawar untuk pengeluaran opioid. Anda perlu ingat bahawa kebenaran tentang kratom adalah lebih rumit, dan masalah keselamatan yang berkaitan dengan penggunaannya adalah membimbangkan. Patuhilah undang-undang Malaysia dan jauhilah dadah atau herba-herba yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

  1. Cinosi E, Martinotti G, Simonato P, Singh D, Demetrovics Z, Roman-Urrestarazu A, et al. Following “the roots” of Kratom (Mitragyna speciosa): the evolution of an enhancer from a traditional use to increase work and productivity in Southeast Asia to a recreational psychoactive drug in western countries. 2015;2015.
  2. Tayabali K, Bolzon C, Foster P, Patel J, Kalim MOJJoCHIMP. Kratom: a dangerous player in the opioid crisis. 2018;8(3):107-10.
  3. Todd DA, Kellogg J, Wallace E, Khin M, Flores-Bocanegra L, Tanna R, et al. Chemical composition and biological effects of kratom (Mitragyna speciosa): In vitro studies with implications for efficacy and drug interactions. 2020;10(1):19158.
  4. Stanciu CN, Gnanasegaram SA, Ahmed S, Penders TJJopd. Kratom withdrawal: a systematic review with case series. 2019;51(1):12-8.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: