Adakan Ketum itu Ubat atau Racun untuk Tubuh Manusia?
Walaupun orang yang mengambil ketum percaya pada nilainya, penyelidik yang telah mengkaji ketum berpendapat bahawa ketum berbahaya dan mempunyai banyak kesan sampingan. Pusat kawalan racun di Amerika Syarikat menerima kira-kira 1,800 laporan melibatkan penggunaan ketum dari 2011 hingga 2017, termasuk laporan kematian.(1, 2)
Ketum mempunyai beberapa kesan sampingan seperti, pengurangan berat badan, menyebabkan mulut kering, menyebabkan loya atau muntah, memyebabkan perubahan dalam air kencing dan sembelit. Efek kronik ketum adalah kerosakan hati. (2, 3)
Bukan itu sahaja, malahan ketum juga mempengaruhi sistem saraf manusia dan memyebabkan gejala-gejala seperti pening, halusinasi, kemurungan, khayalan, ganguan saluran pernafasan, sawan, koma dan kematian. (2, 3)

Pada suatu waktu, beberapa penyelidik percaya bahawa ketum mungkin merupakan alternatif yang selamat untuk opioid dan ubat tahan sakit. Namun, kajian terbaru tentang kesan ketum melaporkan effek ketum yang lebih mudarat pada kesihatan dan tiada faedah yang jelas.(2)
Dalam kajian yang menguji ketum sebagai rawatan untuk gejala withdrawal opioid, individu yang mengambil ketum selama lebih daripada enam bulan melaporkan gejala yang serupa dengan individu selepas penggunaan opioid. Individu yang menggunakan ketum mungkin mula mengidamnya dan memerlukan rawatan yang diberikan untuk ketagihan opioid, seperti naloxone (Narcan) dan buprenorphine (Buprenex).(4)
Pada Jun tahun ini pengedar air ketum dari Kangar berdepan dengan hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara sehingga lima tahun berikutan pindaan undang-undang di bawah Akta Racun Seksyen 30 (3)1952 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Kesimpulannya, jika anda membaca artikel atau berita kesihatan atau anda mungkin pernah mendengar tentang kratom, berfungi sebagai penggalak tenaga, penambah mood, penahan sakit dan penawar untuk pengeluaran opioid. Anda perlu ingat bahawa kebenaran tentang kratom adalah lebih rumit, dan masalah keselamatan yang berkaitan dengan penggunaannya adalah membimbangkan. Patuhilah undang-undang Malaysia dan jauhilah dadah atau herba-herba yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia.
- Cinosi E, Martinotti G, Simonato P, Singh D, Demetrovics Z, Roman-Urrestarazu A, et al. Following “the roots” of Kratom (Mitragyna speciosa): the evolution of an enhancer from a traditional use to increase work and productivity in Southeast Asia to a recreational psychoactive drug in western countries. 2015;2015.
- Tayabali K, Bolzon C, Foster P, Patel J, Kalim MOJJoCHIMP. Kratom: a dangerous player in the opioid crisis. 2018;8(3):107-10.
- Todd DA, Kellogg J, Wallace E, Khin M, Flores-Bocanegra L, Tanna R, et al. Chemical composition and biological effects of kratom (Mitragyna speciosa): In vitro studies with implications for efficacy and drug interactions. 2020;10(1):19158.
- Stanciu CN, Gnanasegaram SA, Ahmed S, Penders TJJopd. Kratom withdrawal: a systematic review with case series. 2019;51(1):12-8.

