Adakah Creatine Supplement yang Bahaya?
Creatine merupakan supplement yang paling murah di pasaran. Ramai atlet bina badan dan strongman mengambil creatine, namun banyak juga individu atau pihak yang menyatakan yang creatine mempunyai effek yang negatif terhadap kesihatan. Artikel kali ini berfokus pada supplement creatine dan membincangkan informasi dari beberapa kajian mengenai kesan creatine terhadap kesihatan tubuh manusia.
Creatine telah dikaji secara meluas sebagai makanan tambahan selama bertahun-tahun. Malah, lebih daripada 1,000 kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa creatine adalah suplemen terbaik untuk prestasi senaman. Bukan itu sahaja, malahan kebanyakan saintis yang mengkaji creatine percaya bahawa monohidrat adalah bentuk yang terbaik untuk tubuh kita. (1, 2)
Creatine ialah sebatian yang dibentuk oleh asid amino metionin, glisin, dan arginin yang diperolehi melalui pemakanan atau disintesis secara endogen. Suplemen creatine juga merupakan sumber ergogenik yang mampu meningkatkan prestasi sukan dalam tempoh yang singkat dan senaman intensiti tinggi.(1, 2)

Di samping itu, suplemen creatine secara konsisten telah dilaporkan sebagai strategi untuk meningkatkan kreatin otot dan phosphocreatine yang akan membolehkan peningkatan ketersediaan phosphocreatine, yang menyebabkan peningkatan dalam bioenergetik selular. sistem fosfogenik serta proses pengangkutan fosfat tenaga tinggi antara mitokondria dan sitosol melalui peredaran kreatin fosfat. (1)
Kajian oleh Mielgo et al melaporkan creatine dengan dos pemuatan (loading) 20-30 g / hari, dibahagikan 3-4 kali sehari, ditelan selama 6 hingga 7 hari, dan diikuti dengan 5 g / hari selama 9 minggu atau dengan dos rendah 3 mg / kg / hari selama 14 hari memberikan kesan positif terhadap peningkatan prestasi fizikal yang berkaitan dengan metabolisme anaerobic.(3)
Terdapat juga bukti manfaat terapeutik suplemen creatine pada pesakit kencing manis (Type 2 Diabetes) seperti sensitiviti insulin yang lebih baik, toleransi glukosa, ekspresi protein Glucose Transporter Type 4 (GLUT-4), dan membantu dalam rawatan gangguan metabolik dan neuromuskular.(1)
Adakah creatine bahaya dan menyebabkan kerosakan buah pinggang? Kajian oleh Silva et al dan de Guingand et al melaporkan yang bahawa suplemen kreatin tidak mengubah tahap kreatinin serum dengan ketara, dan tidak mengubah urea plasma. Kajian-kajian ini juga menunjukkan bahawa suplemen creatine tidak menyebabkan kerosakan buah pinggang atau hati.(1-3)
Tahukah anda, supplemet ini juga selamat untuk diambil oleh atlet wanita. Kajian oleh de Guingand et al melaporkan yang creatine tidak menyebabkan penambahan berat badan pada wanita, dan tidak memberi kesan buruk kepada sistem organ utama yang lain. (2)
Namun, dapat disimpulkan bahawa creatine ialah makanan tambahan yang paling selamat, murah dan juga merupakan supplement yang paling kerap dikaji. Orang awam juga dinasihatkan untuk berkonsultasi dengan dokter sebelum mengambil creatine atau apa-apa supplemen.
- e Silva AdS, Pertille A, Barbosa CGR, de Oliveira Silva JA, de Jesus DV, Ribeiro AGSV, et al. Effects of creatine supplementation on renal function: a systematic review and meta-analysis. 2019;29(6):480-9.
- de Guingand DL, Palmer KR, Snow RJ, Davies-Tuck ML, Ellery SJJN. Risk of adverse outcomes in females taking oral creatine monohydrate: A systematic review and meta-analysis. 2020;12(6):1780.
- Mielgo-Ayuso J, Calleja-Gonzalez J, Marqués-Jiménez D, Caballero-García A, Córdova A, Fernández-Lázaro DJN. Effects of creatine supplementation on athletic performance in soccer players: a systematic review and meta-analysis. 2019;11(4):757.

