Angkat Beban Yang Berat Boleh Menyebabkan Muscle Rupture?
Sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam insiden muscle rupture, terutamanya dalam sukan termasuk aktiviti fizikal seperti dalam mengangkat beban.(1) Artikel kali ini akan membahas mengenai muscle rupture dan cara-cara untuk mencegahnya.
Tekanan fizikal yang berlebihan secara tiba-tiba atau aktiviti berulang kadangkala boleh mengakibatkan seliuh atau koyakan pada otot atau kumpulan otot tertentu. Kecederaan ini sering berlaku pada pengangkat berat, ahli sukan, pembina badan dan buruh. (2)
Muscle rupture dikenali sebagai koyakan atau pecah otot boleh memberi kesan yang negatif kepada keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti biasa dalam kehidupan seharian atau menyertai sukan. Kecederaan jenis ini, juga dipanggil ketegangan otot yang boleh disebabkan oleh kecederaan akut yang berlaku semasa bersukan atau aktiviti harian biasa atau daripada penggunaan oto secara berlebihan. Koyakan atau pecah otot boleh dirawat dan pilihan rawatan bergantung pada keterukan kecederaan.(2)

Salah satu daripada punca utama terjadi muscle rupture adalah disebabkan oleh pergerakan mekanik badan yang tidak betul dengan aktiviti yang boleh menyebabkan trauma atau kecederaan mekanikal. Secara amnya, otot atau tendon meregang apabila diletakkan di bawah tekanan fizikal yang lebih daripada yang boleh ditahan oleh otot dan tendon tersebut. Sebagai contoh jika anda secara kebiasaan melakukan senaman bicep curl dengan beban 10 kg sebanyak 10 repetisi, namun mengangkat beban 20kg sebanyak 10 repetisi mampu menyebabkan otot biceps dan tendon yang menghubungkan bicep dan melekat pada bahagian tulang ulna yang dipanggil tuberosity ulna untuk mengalami kecederaan. (2)
Bukan itu sahaja, malahan ketegangan otot boleh mengakibatkan koyakan separa atau lengkap pada tendon atau otot, dan berisiko untuk menyebabkan muscle rupture. American College of Sports Medicine telah mengklasifikasi tahap kecederaan ini mengikut tiga tahap kecederaan. Jadual 1 dibawah merumuskan ketiga-kita klasifikasi tersebut. (3, 4)
Jadual 1: Tahap kecederaan ketegangan otot
| Tahap kecederaan | Gejala dan tanda klinikal |
| Tahap pertama (mild) | Tahap ini merupakan kecederaan yang paling ringan dan kebiasaannya hanya sebahagian kecil sahaja tisu yang koyak. Biasanya individu akan mengalami sakit apabila mengerakkan otot yang mengalami kecederaan. (Localised tenderness) |
| Tahap kedua(moderate) | Tahap ini merupakan tahap separa serius dan pada tahap ini tisu otot atau tendon telah koyak. Tahap ini biasanya menyakitkan dan pergerakan otot yang cedera adalah terhad. Individu pada tahap ini boleh mangalami pembengkakan atau kemerahan pada tempat kecederaan. (Limited range of movement or ROM due to tenderness and swelling) |
| Tahap ketiga(severe) | Tahap ini merupakan tahap yang paling serius dan pergerakan pada tempat kecederaan adalah sangat terhad atau langsung tidak dapat mengerakkan tempat kecederaan. Pada tahap ini juga anda mempunyai kesakitan yang teruk. |
Individu yang mengalami kecederaan ini harus mendapatkan rawatan dokter pakar di hospital dengan kadar segera namun sebelum mendapatkan rawatan ada beberapa rawatan kecemasan yang boleh dilakukan. Saya ingin menasihati orang awam untuk mencegah dari mengurut tempat kecederaan kerana ia bolah menyebabkan kecederaan menjadi lebih parah. Terdapat lima Langkah utama yang dikenali sebagai P.R.I.N.C.E. (3, 4)
| Protection | Lindungilah tempat kecederaan bagi mengurangkan pergerakan dan mengelakkan tempat tersebut dari terlanggar objek yang keras. |
| Rest | Rehat diperlukan untuk mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan potensi kecederaan yang lebih parah. |
| Ice | Letakkan ais pada tempat kecederaan supaya salur darah mengecut atau vasokonstriksi, yang akan mengurangkan aliran darah ke tempat kecederaan. (Jangan lakukan procedure ini lebih dari 20 minit pada satu masa) |
| Compression | Balut kawasan yang tegang dengan pembalut atau bandage dan balutlah dengan lembut untuk mengurangkan diapedesis dan menggalakkan aliran salur limfa. |
| Elevation | Tinggikan anggota badan yang mangalami kecederaan dengan paras jantung untuk menggalakkan pengaliran darah vena kembali ke peredaran sistemik tubuh. |
Cara terbaik untuk mengelakkan muscle rupture atau ketegangan otot atau tendon adalah dengan meregangkan dan memanaskan badan sebelum bersenam. Saya menyarankan orang awam untuk mendapatkan khidmat dari jurulatih bertauliah untuk meregang otot dengan teknik yang betul. Meningkatkan fleksibiliti keseluruhan anda juga akan melindungi otot anda daripada kecederaan. Bukan itu sahaja, elakkan mengangkat beban secara ego. Beberapa cara ego-lifting dapat dielakkan dengan meningkatkan beban yang anda angkat secara beransur-ansur, kuasai bentuk dan teknik yang betul. Dan akhirnya, fahamilah pergerakan tubuh anda dan bukan ego anda. Janganlah meniru latihan atau aksi yang dilakukan oleh orang lain di sekeliling anda di gim, sekolah atau tempat kerja.
- de Castro Pochini A, Ejnisman B, Andreoli CV, Monteiro GC, Silva AC, Cohen M, et al. Pectoralis major muscle rupture in athletes: a prospective study. 2010;38(1):92-8.
- Safran MR, Graham SMJCO, Research R. Distal biceps tendon ruptures: incidence, demographics, and the effect of smoking. 2002;404:275-83.
- Millar A. Sprains, Strains, and Tears. American College of Sport Medicine; 2011.
- Järvinen TA, Järvinen TL, Kääriäinen M, Äärimaa V, Vaittinen S, Kalimo H, et al. Muscle injuries: optimising recovery. 2007;21(2):317-31.

